PERHIMPUNAN BULANAN BHEUU SEPTEMBER 2015
Putrajaya, 18 September – YBhg. Datuk Mohd. Zuki bin Ali, Ketua Pengarah BHEUU mengingatkan semua warga BHEUU, JBG dan MdI supaya mengamalkan konsep sehati sejiwa dan bersatu padu untuk meningkatkan produktiviti kerja dan menyokong inisiatif kerajaan bersesuaian dengan tema Hari Kebangsaan 2015. Tambah beliau, tugas dan tanggungjawab hendaklah dipikul dengan penuh amanah, bertanggungjawab dan sabar.
Menurut beliau lagi, semua warga BHEUU, JBG dan MdI perlu sentiasa memahami dasar-dasar kerajaan bagi menggelakkan diri daripada terlibat dengan penyebaran berita-berita yang tidak sahih. Dalam hal ini, beliau mengigatkan pentingnya penjawat awam memelihara rahsia rasmi kerajaan bagi menggelakkan diri daripada dikenakan tindakan tatatertib.
Beliau berharap semua warga BHEUU, JBG dan MdI supaya terus berganding bahu, sama-sama berkerja sebagai satu pasukan untuk memantapkan sistem penyampaian kerajaan bagi memenuhi kehendak pelanggan yang sentiasa berubah.
Beliau berkata demikian semasa berucap di Perhimpunan Bulanan BHEUU di sini hari ini.
Ucapan oleh YBhg. Datuk Mohd Zuki bin Ali, Ketua Pengarah BHEUU
Warga BHEUU, JBG dan MdI semasa Perhimpunan Bulanan September 2015
Tahniah kepada Puan Ismariseh binti Ismail, penerima Anugerah Pekerja Contoh BHEUU bagi bulan Ogos 2015
Tahniah kepada Puan Zurina binti Ramli, penerima Anugerah Pekerja Contoh JBG bagi bulan Ogos 2015
Tahniah kepada Ketua Sektor Tualang kerana memenangi
Sektor terbaik Amalan 5S 2015.
Tahniah kepada pemenang-pemenang Mini Karnival Sukan KSK dan
Amazing Race 2015