KURSUS AUDIT DALAM SISTEM PENGURUSAN KUALITI BAHAGIAN HAL EHWAL UNDANG-UNDANG
PUTRAJAYA, 10 & 11 Ogos 2015 – Kursus Audit Dalam Sistem Pengurusan Kualiti Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang telah diadakan di Dewan Harmoni, Aras 2, BHEUU pada 10 dan 11 Ogos 2015. Bengkel ini telah dianjurkan oleh Unit Inovasi, BHEUU. Seramai 24 orang peserta yang terdiri dari Pegawai dan kakitangan BHEUU telah menghadiri bengkel ini. Pemudahcara adalah En Jayaselan A/L Navaratnam dari Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Objektif bengkel ini adalah untuk memberi pendedahan secara komprehensif mengenai amalan dan pengetahuan berhubung konsep dan prinsip audit dalam di samping memberi panduan dan bimbingan tentang kaedah pengukuran kualiti.
Sesi Bergambar Peserta Kursus Audit Dalam Sistem Pengurusan Kualiti Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang bersama Penceramah En. Jayaselan A/L Navaratnam dari Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
En. Jayaselan A/L Navaratnam sedang memberi penerangan mengenai pengauditan sistem pengurusan kualiti