PERHIMPUNAN BULANAN BHEUU JULAI 2015
Putrajaya, 9 Julai - YBhg. Puan Haslina Mansor, Ketua Pengarah Insolvensi berkata hakikat berpuasa adalah menambahkan amal ibadat dan janganlah menjadikannya sebagai alasan bersikap lesu, meminta pengurangan jam kerja, produktiviti merosot dan lain- lain. Puasa mengajar kita memenuhi masa dengan menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan.
Tambahan beliau, bulan Ramadhan tidak seharusnya dijadikan alasan kepada penurunan produktiviti seseorang atau prestasi yang kurang memberangsangkan. Ibadah ini sebenarnya dapat lebih merangsang daya pemikiran, tingkah laku serta merupakan sumber motivasi paling berkesan untuk melaksanakan amal ibadah dengan lebih tekun termasuk mencari rezeki setiap hari.
Beliau mengingatkan semua warga kerja bahawa sebagai penjawat awam, kita semua mempunyai tanggungjawab kepada jabatan, masyarakat dan Negara. Sekiranya masih ada kelemahan diri dalam melaksanakan tanggungjawab, kita harus memperbaiki segala kekurangan diri disamping berterusan menggilap kelebihan dan potensi yang ada.
Beliau berkata demikian semasa perhimpunan bulanan BHEUU di sini hari ini.
Ucapan oleh YBrs. Puan Haslina Mansor, Ketua Pengarah Insolvensi
Warga BHEUU, JBG dan MdI semasa Perhimpunan Bulanan BHEUU bagi Bulan Julai 2015
Puan Khalidah Mustafa, Pengurus Urusan SIRIM Qas International Sdn. Bhd menyampaikan Sijil Sistem Pengurusan Kualiti ISO 9001:2008 kepada YBrs. Dr. Nor Mazny Abdul Majid, Timbalan Ketua Pengarah ( Dasar & Pembangunan)
Tahniah kepada Puan Nurul Azwin Binti Junaidi, penerima Anugerah Pekerja Contoh BHEUU bagi bulan Jun 2015
Tahniah kepada Puan Nurul Izzati Setaffa, penerima Anugerah Pekerja Contoh MdI bagi bulan Jun 2015