Ceramah Integriti Bil2 2015 - “Rasuah Meruntuhkan Negara”

PUTRAJAYA, 11 Jun 2015 – Seksyen Pengurusan Sumber Manusia, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang dengan kerjasama Unit Integriti telah menganjurkan Ceramah Integriti bertajuk “Rasuah Meruntuhkan Negara” yang disampaikan oleh Tuan Samsul Bin Haji Salip dari Bahagian Pendidikan Masyarakat, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Objektif ceramah tersebut adalah untuk memberikan pendedahan kepada pegawai dan kakitangan BHEUU, JBG dan MdI dalam usaha meningkatkan integriti dan akauntabiliti pentadbiran di dalam jabatan.  Ianya juga bertujuan untuk mendidik para pegawai tentang rasuah dan kesan buruknya terhadap jabatan dan Negara serta memberi kesedaran untuk bersama-sama berganding bahu dengan SPRM dalam melakukan perubahan memerangi jenayah rasuah.

Warga BHEUU, JBG dan MdI diingatkan untuk mewujudkan persekitaran yang bebas rasuah supaya impian Negara untuk menjadi Negara maju menjelang tahun 2020 dapat direalisasikan. Untuk menzahirkan impian menjadi Negara maju, gejala rasuah haruslah dibendung kerana rasuah akan membantutkan pembangunan Negara, menjejaskan kehidupan rakyat dan juga imej Negara.

Adalah dianggarkan seramai 100 orang warga BHEUU, JBG dan Mdl telah menghadiri ceramah integriti tersebut.

 

01 CERAMAH INTEGRITI RASUAHPenceramah, Tuan Samsul Bin Haji Salip dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

02 CERAMAH INTEGRITI RASUAH

03 CERAMAH INTEGRITI RASUAH

04 CERAMAH INTEGRITI RASUAH

Antara warga BHEUU, JBG dan Mdl yang hadir ke ceramah integriti.