• Laman Utama
  • Berita Terkini
  • KONVENSYEN KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK) PERINGKAT BAHAGIAN HAL EHWAL UNDANG-UNDANG TAHUN 2015

KONVENSYEN KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK) PERINGKAT BAHAGIAN HAL EHWAL UNDANG-UNDANG TAHUN 2015

PUTRAJAYA, 19 MEI 2015 – Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) bersama agensi dibawahnya, Jabatan Bantuan Guaman (JBG) dan Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) telah mengadakan Konvensyen Kumpulan Inovatif Dan Kreatif (KIK) Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang tahun 2015 di Dewan Harmoni, Aras 2, Bangunan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Putrajaya. Konvensyen ini disertai enam (6) kumpulan iaitu Smart 5, D’Argon, Kristal, Roots, V@4 dan Dynamas. Keputusan konvensyen tersebut dijuarai oleh kumpulan V@4, tempat kedua kumpulan KIK Kristal dan tempat ketiga kumpulan KIK D’Argon. Manakala kumpulan KIK Smart 5, Dynamas dan Roots mendapat saguhati. Tahniah diucapkan kepada semua kumpulan KIK yang menyertai kerana berani tampil memberikan persembahan dan komitmen yang tinggi.

1KIK PERINGKAT BHEUU TAHUN 2015

Gambar kenangan peserta bersama Yang Berbahagia Dato’ Nursiah Arshad Ketua Pengarah BHEUU

2KIK PERINGKAT BHEUU TAHUN 2015

Kumpulan V@4 menjadi Johan KIK 2015 yang mewakili Seksyen Pembangunan BHEUU

3KIK PERINGKAT BHEUU TAHUN 2015

Naib Johan dimenangi oleh Kumpulan KIK Kristal mewakili JBG

4KIK PERINGKAT BHEUU TAHUN 2015

Tempat ketiga dimenangi oleh KIK D'Argon yang mewakili Seksyen Dasar BHEUU