KURSUS PENINGKATAN DIRI JURUAUDIT EKSA BHEUU

PUTRAJAYA, 23 Mac 2015 – Kursus Peningkatan Diri Juruaudit EKSA BHEUU telah diadakan di Dewan Harmoni, Aras 2, BHEUU pada 23 Mac 2015. Kursus ini telah dianjurkan oleh Unit Inovasi, BHEUU. Seramai 42 orang peserta yang terdiri dari Pegawai dan kakitangan BHEUU telah menghadiri bengkel ini. Pemudahcara adalah En Muhammad Izzwa Shahril Bin Idris dari MAMPU. Objektif bengkel ini adalah untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan serta memahami Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) dikalangan juruaudit-juruaudit 5S BHEUU.

01 KURSUS EKSA BHEUU
Sesi Bergambar Peserta Kursus EKSA BHEUU bersama Penceramah EnMuhammad Izzwa Shahril dari MAMPU.

02 KURSUS EKSA BHEUU

Penceramah En. Muhammad Izzwa Shahril Bin Idris sedang memberi penerangan mengenai EKSA