BENGKEL KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK)

PUTRAJAYA, 16 & 17 Mac 2015 – Bengkel KIK BHEUU telah diadakan di Dewan Harmoni, Aras 2, BHEUU pada 16 dan 17 Mac 2015. Bengkel ini telah dianjurkan oleh Unit Inovasi, BHEUU. Seramai 44 orang peserta yang terdiri dari Pegawai dan kakitangan BHEUU telah menghadiri bengkel ini. Pemudahcara adalah En Jayaselan A/L Navaratnam dan En. Krishna Kumar A/L Perumal dari Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.  Objektif bengkel ini adalah untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan serta memahami keperluan KIK secara holistik agar para peserta KIK dapat memantapkan kemahiran dalam mengenal pasti projek dan penyediaan dokumentasi KIK yang lebih berkualiti. 

01 BENGKEL KIKSesi Bergambar Peserta Bengkel KIK BHEUU bersama Penceramah En. Jayaselan A/L Navaratnam dan En. Krishna Kumar A/L Perumal dari Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.


02 BENGKEL KIK

Penceramah En. Jayaselan A/L Navaratnam sedang memberi penerangan mengenai KIK

03 BENGKEL KIK

Penceramah En. Krishna Kumar A/L Perumal  sedang memberi penerangan mengenai KIK