TAKLIMAT MIGRASI DAN LATIHAN EMEL 1GovUC

PUTRAJAYA, 12 Mac 2015 – Taklimat “Migrasi dan Latihan Emel 1GovUC” ini disampaikan oleh Tuan Haji Mohd Puad Zainal Abidin dan Encik Firdaus Mat Nayan dari MAMPU.

Tujuan 1GovUC ini adalah untuk meningkatkan perkhidmatan komunikasi dan kolaborasi bersepadu Sektor Awam yang diuruskan secara berpusat di MAMPU melalui penggabungan pelbagai kaedah komunikasi seperti voice, e-mail, instant messaging, audio/video conferencing, SMS dan fax. Pelaksanaan 1GovUC hendaklah menyeluruh kepada Semua Kementerian, Pejabat Ketua Setiausaha Negara dan Jabatan Audit Negara.

Antara rasional pelaksanaan 1GovUC ini adalah seperti berikut:

  • Menyediakan perkhidmatan komunikasi bersepadu secara berterusan
  • Memastikan perlindungan keselamatan kepada maklumat kerajaan
  • Mewujudkan tadbir urus dan pengurusan perkhidmatan komunikasi bersepadu yang lebih cekap dan berkesan
  • Mengoptimumkan sumber-sumber ICT

Warga BHEUU juga diingatkan untuk memastikan penghantaran emel rasmi menggunakan akaun emel rasmi dan segala urusan rasmi adalah dilarang menggunakan alamat emel persendirian seperti yahoo.com, gmail.com, streamyx.com.my dan sebagainya.

Adalah dianggarkan seramai 120 pegawai dan kakitangan BHEUU telah menghadiri ceramah tersebut.

 

   01 TAKLIMAT EMEL 1GovUC  02 TAKLIMAT EMEL 1GovUC 
Penceramah, Tuan Haji Mohd Puad Zainal Abidin dan Encik Firdaus Mat Nayan
dari MAMPU.
03 TAKLIMAT EMEL 1GovUC
04 TAKLIMAT EMEL 1GovUC
05 TAKLIMAT EMEL 1GovUC
Antara Pegawai dan kakitangan BHEUU yang turut hadir taklimat tersebut