CERAMAH KEUTUHAN “KESEDARAN KESELAMATAN KEBAKARAN”

PUTRAJAYA, 26 Februari 2015Ceramah bertajuk “Kesedaran Keselamatan Kebakaran” ini disampaikan oleh Encik Rueben Teoh Seng Sheong dari United Asia Fire Prevention. Antara lain, ceramah ini diadakan bertujuan untuk berkongsi tips dan maklumat mengenai teknik-teknik menyelamatkan diri ketika berlaku kebakaran, persiapan yang perlu disediakan bagi menghadapi kebakaran dan juga cara-cara penggunaan alat pemadam api dengan betul.

Ceramah tersebut juga bertujuan untuk memberikan pendedahan bahawa sekiranya ada terdapat mangsa-mangsa yang terkorban, maka secara spontan Jabatan akan dipersalahkan. Adalah tidak wajar kesalahan ini diletakkan kepada bahu Jabatan semata-mata, sebaliknya semua pihak perlu sedar bahawa keselamatan adalah menjadi tanggungjawab bersama.

Kita adalah manusia dan kita tak dapat meramal bila kebakaran akan berlaku dan di mana ia akan berlaku. Justeru, kita harus melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan tentang pencegahan kebakaran dan mengambil langkah-langkah yang positif untuk melindungi harta benda dan nyawa dari ancaman kebakaran.


Adalah dianggarkan seramai 120 pegawai dan kakitangan BHEUU, Jabatan Bantuan Guaman dan Jabatan Insolvensi Malaysia telah menghadiri ceramah tersebut.

01 ceramah kebakaran

Penceramah, Encik Rueben Teoh Seng Sheong dari United Asia Fire Prevention.

02 ceramah kebakaran

03 ceramah kebakaran

04 ceramah kebakaran
Antara Pegawai dan kakitangan BHEUU, JBG dan Mdl yang turut hadir ceramah tersebut