KURSUS MICROSOFT EXCEL 2013

Putrajaya, 5 Februari 2015- Kursus Microsoft Excel 2013 bagi pegawai Gred F 41 dan ke atas dari Seksyen Pengurusan Maklumat, BHEUU telah diadakan di Bilik Latihan ICT, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang. Kursus ini turut dihadiri oleh dua (2) orang pegawai dari Jabatan Bantuan Guaman (JBG) dan seorang dari Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) atas jemputan. Kursus Microsoft Excel 2013 yang diajar adalah berbentuk latihan hands-on dan ia dikhususkan untuk pengguna bertahap intermediate. Latihan tersebut dikendalikan oleh penceramah jemputan Puan Zawiyah binti Ahmad dari Microsoft Malaysia Sdn Bhd. Objektif Kursus Miscrosoft Excel 2013 adalah seperti berikut:

(i) Mendedahkan penggunaan fungsi-fungsi analisis dalam Excel 2013;
(ii) Memberi pengetahuan mendalam atas pengaturcaraan formula; dan
(iii) Tips & Tricks membuat laporan ringkasan daripada spread sheet Excel.

Pada pengakhiran sesi latihan, penceramah memberi sedikit pendedahan tentang fungsi analisis bagi pengguna bertahap advanced dalam Microsoft Excel 2013. Pada penghujung latihan, peserta dapat menambahkan ilmu dalam penggunaan Excel dan membantu meningkatkan kecekapan penggunaan Microsoft Excel 2013.

01 kursus excel2013
Puan Zawiyah binti Ahmad dari Microsoft Malaysia Sdn Bhd

02 kursus excel2013

03 kursus excel2013

04 kursus excel2013
Peserta yang khusyuk mempelajari Kursus Micosoft Excel 2013