KURSUS AUDIT DALAM SISTEM PENGURUSAN KUALITI MS ISO 9001 : 2008 BHEUU 2014

27 Jun 2014 – Unit Inovasi BHEUU telah menganjurkan Kursus Audit Dalam Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2008 BHEUU 2014 kepada semua juruaudit dalam ISO BHEUU. Kursus ini dihadiri seramai 25 orang peserta. Ianya berlangsung selama dua hari dan taklimat telah disampaikan oleh Pegawai bertauliah dari KPKT, Encik Yap Hock Ann.

Kursus yang diadakan ini bertujuan untuk memantapkan lagi pengetahuan dan kemahiran semasa bagi melahirkan juruaudit yang berwibawa. Selain itu, kursus ini dapat menambah bilangan juruaudit dengan melatih juruaudit baru bagi menampung keperluan semasa.

Antara yang disampaikan dalam kursus ini ialah pengenalan kepada objektif dan kepentingan audit, jenis-jenis audit, keperluan MS ISO 9001:2008, proses dan perancangan audit, pelaksanaan dan pelaporan audit serta tindakan pembetulan dan susulan. Kursus ini diharapkan dapat mewujudkan tahap kefahaman yang tinggi kepada semua perserta dan membantu organisasi dalam proses pengauditan yang bermutu.

 

1KURSUS AUDIT DALAM SISTEM MSISO 9001 2008 BHEUU 2014

2KURSUS AUDIT DALAM SISTEM MSISO 9001 2008 BHEUU 2014

3KURSUS AUDIT DALAM SISTEM MSISO 9001 2008 BHEUU 2014

4KURSUS AUDIT DALAM SISTEM MSISO 9001 2008 BHEUU 2014