SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI BAHAGIAN HAL EHWAL UNDANG-UNDANG (BHEUU) 1437H

Putrajaya, 26 Julai – Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana menteri (BHEUU) telah mengadakan Majlis Sambutan hari Raya Aidilfitri 1437H pada 26 Julai 2016 (Selasa) bertempat di  BHEUU. Majlis ini telah diserikan dengan kehadiran YB Dato’ Seri Azalina Othman Said dan YB Hajah Nancy Shukri Menteri di Jabatan Perdana Menteri serta YB Dato’ Razali Ibrahim, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Sambutan kali ini turut melibatkan kedua-dua agensi di bawah BHEUU iaitu Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) dan Jabatan Bantuan Guaman (JBG) serta Persatuan Suri dan Anggota Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) BHEUU. Pelbagai juadah telah disediakan antaranya Nasi Beriani Gam, kambing golek, sate, ketupat, lemang, rendang dan pelbagai jenis manisan dan minuman. Pertandingan gerai tercantik turut diadakan dan telah dimenangi oleh MdI.

Majlis tersebut turut menyaksikan penyerahan Nota serah Tugas daripada Yb hajah Nancy Shukri kepada Yb Dato’ Seri Azalina Othman Said sebagai Menteri bertanggungjawab ke atas BHEUU berkuat kuasa 28 Jun 2016.

1

 

2

 

3

4