PERHIMPUNAN BULANAN BHEUU BIL.8/2016

Putrajaya, 10 Ogos – YBhg. Datuk Mohd Zuki bin Ali, Ketua Pengarah BHEUU berkata semua warga BHEUU, MdI dan JBG hendaklah sentiasa mendokong aspirasi kerajaan dan rakyat amnya ke arah negara inklusif dan progresif. Beliau berkata sebagai penjawat awam, warga kerja hendaklah akur kepada dasar dan arahan kerajaan yang semasa.

Selain itu, beliau juga berkata, budaya kerja work-in-silo tidak lagi sesuai untuk dipraktikkan kerana memberi kesan kepada penyampaian perkhidmatan. Kerjasama yang erat di antara jabatan serta semua kakitangan yang dedikasi serta berterusan adalah kunci kepada kejayaan di dalam melaksanakan perancangan dalam sesebuah organisasi.

Beliau berucap di Perhimpunan Bulanan BHEUU di sini hari ini. Ucapan tersebut merupakan ucapan terakhir beliau dalam Perhimpunan Bulanan BHEUU kerana beliau akan bertukar sebagai Setiausaha Persekutuan di Sarawak kelak.

1

Ucapan oleh YBhg. Datuk Mohd Zuki bin Ali, Ketua Pengarah BHEUU

 

2

 

3

Warga BHEUU, MdI dan JBG semasa Perhimpunan Bulanan 
BHEUU Bil.8/2016

 

4

Tahniah kepada Puan Nur Ashikien binti Abdullah @ Norani. Pekerja contoh Bulanan BHEUU bagi bulan Julai 2016.