PERHIMPUNAN BULANAN BHEUU BIL. 2/2019

Putrajaya, 28 Mei - YBhg. Dato’ Anas bin Ahmad Zakie, Ketua Pengarah Insolvensi, Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) mengajak warga Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), Jabatan Bantuan Guaman (JBG) dan MdI untuk menghayati dan memanfaatkan Ramadan dengan sepenuh hati berikutan kelebihan yang terdapat dalam bulan yang penuh kemuliaan ini. Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucapan sempena Perhimpunan Bulanan BHEUU Bil.2/2019 di Dewan Saksama, BHEUU.

Beliau turut memberi ingatan agar keselamatan pejabat diberi keutamaan memandangkan cuti perayaan, di samping keselamatan diri dan keluarga semasa pulang ke destinasi masing-masing. Beliau juga menyeru agar budaya mengunjungi di antara satu sama lain terus dipupuk, dan meraikan Syawal bersama rakan-rakan berbilang bangsa serta agama untuk memupuk semangat perpaduan antara kaum di Malaysia.

Perhimpunan turut dihadiri oleh YBhg. Dato’ Junaidah binti Kamarruddin, Ketua Pengarah BHEUU dan YBrs. Tuan Mohd Zulbahrin bin Zainuddin, Timbalan Ketua Pengarah (Sivil) JBG. Perhimpunan bulanan kali ini dihoskan oleh MdI melibatkan kehadiran kira-kira 200 orang warga BHEUU, JBG dan MdI.

Dalam perkembangan lain, seramai 16 pegawai baharu diperkenalkan, manakala lima pegawai telah bersara dan 13 telah bertukar ke Jabatan dan Kementerian lain.

Sementara itu, Muhammad Ismail bin Abdul Ghani dan Wan Hasrul Effandy bin Sulaiman dianugerahi sebagai pekerja contoh BHEUU, manakala Siti Zaleha binti Mohd Salji, Mohamad Al Hafid bin Ismail, Lim Chai See dan Siti Farazalita binti Sulaiman sebagai pekerja contoh JBG. Penerima anugerah pekerja contoh bagi MdI pula ialah Ros Azizi binti Abu Bakar dan Andrew Minggu Anak Dal.

Penyampaian sijil turut disempurnakan bagi Pertandingan Kumpulan Inovatif dan Kreatif peringkat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan 10 April 2019 kepada MdI. Hadiah turut disampaikan sempena Program SiCergas MdI yang meliputi siri Tour De Fat.

1

Ucapan oleh YBhg. Dato’ Anas bin Ahmad Zakie, Ketua Pengarah MdI

 

2

  

3

Warga BHEUU, JBG dan MdI semasa Perhimpunan Bulanan BHEUU Bil. 2/2019

 

4

 Tahniah kepada Encik Muhammad Ismail bin Abdul Ghani daripada Seksyen Pengurusan Maklumat sebagai Pekerja Contoh BHEUU Kumpulan Pengurusan dan Profesional bagi bulan Mac dan April 2019

 

5

 Tahniah kepada Encik Wan Hasrul Effandy bin Sulaiman daripada Unit Khidmat Pengurusan sebagai Pekerja Contoh BHEUU Kumpulan Pelaksana bagi bulan Mac dan April 2019

6

Tahniah kepada Puan Lim Chai See daripada Jabatan Bantuan Guaman sebagai Pekerja Contoh JBG Kumpulan Pelaksana bagi bulan April 2019

  • MyGov
  • JPM
  • KSN
  • MAMPU
  • PEJABAT KETUA PENDAFTAR MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA
  • AGC
  • JPA
  • SUHAKAM
  • JBG
  • MdI