Majlis Amanat Tahun Baharu 2019, YB Datuk Liew Vui Keong Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang)

Putrajaya, 10 Januari - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang), Datuk Liew Vui Keong, berkata konsep rule of Law atau dalam Bahasa Malaysia; konsep kedaulatan undang-undang. Kedaulatan undang-undang adalah keadaan di mana semua pihak dalam sebuah negara termasuk negara rakyat biasa dan kerajaan yang memerintah tertakluk kepada undang-undang yang sama.

Menurut beliau, konsep rule of law dapat dilihat secara pratikal dalam system mahkamah yang mudah diakses oleh masyarakat, prosesnya tidak mahal dan terbuka kepada orang ramai di mana semua lapisan masyarakat mendapat access to justice.

Beliau menambah lagi, bagi memastikan rule of law di Malaysia sentiasa berada pada tahap terbaik; kedaulatan undang-undang perlu dinilai melalui pelaksanaan dan penguatkuasaannya. Penggunaan rule of law ini mestilah secara adil dan saksama serta berteraskan system undang-undang yang telus. Sistem dan institusi undang-undang yang berintegreti lagi telus pula disokong oleh badan perundangan dan Kehakiman yang cekap , efektif, undang-undang yang jelas, struktur mahkamah yang terbaik dan pengamal undang-undang yang amanah serta bersifat tulus.

Beliau menegaskan , aplikasi rule of law sentiasa menjadi paksi kerajaan dalam memastikan sebarang dasar dan polisi terkini, adalah adil dan bertanggungjawab kepada undang-undang yang sedang dikuatkuasakan. Dalam konteks ini, aplikasi kedaulatan undang-undang boleh dilihat melalui inisiatif cadangan kerajaan meminda, mansuhkan atau mengubal beberapa perundangan sedia ada.

Beliau berkata di Majlis Amanat Tahun Baru 2019 untuk warga kerja di bawah bidang kuasa beliau selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang). Turut hadir dalam majlis hari ini ialah Ketua pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Datuk Jalil bin Marzuki, Timbalan Ketua Pendaftar Mahkamah Datuk Hj. Aslam Bin Zainuddin, Ketua Pengarah Dato’ Anas bin Ahmad Zakie, Ketua Pengarah Jabatan Bantuan Guaman Datuk Haini bin Hassan.

1

Ucapan oleh YB Datuk Liew Vui Keong JP, Menteri di Jabatan Perdana Menteri

 

2

  

3

Warga 14 agensi semasa Majlis Amanat YB Menteri Tahun 2018

 

4

Sesi bergambar bersama YB Menteri

  • MyGov
  • JPM
  • KSN
  • MAMPU
  • PEJABAT KETUA PENDAFTAR MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA
  • AGC
  • JPA
  • SUHAKAM
  • JBG
  • MdI