BERITA PERHIMPUNAN BULANAN BHEUU BIL. 8/2018

Putrajaya, 16 Ogos - YBhg. Datuk Haini binti Hassan menyeru semua warga kerja BHEUU, JBG dan MdI untuk menjaga kesihatan sama ada kesihatan jasmani mahu pun rohani dengan mengamalkan gaya hidup sihat bagi menjamin kehidupan yang sejahtera tanpa penyakit yang akan membataskan pergerakan seharian. Beliau berkata akal yang sihat adalah dari badan yang sihat ke arah melahirkan minda yang sentiasa aktif untuk membuat sesuatu kebaikan sekali gus meningkatkan kualiti kerja yang membawa kepada kecemerlangan dalam kehidupan sesebuah organisasi.

Beliau menambah, kesihatan termasuk kesihatan jasmani dan rohani. Kedua-dua unsur ini perlu berjalan dengan seimbang. Penyakit rohani akan mempengaruhi jasmani seseorang.

Beliau menjelaskan penyakit jasmani dapat dilihat secara fizikal seperti demam, batuk, selsema dan lain-lain, manakala penyakit rahoni merupakan sifat dan sikap buruk yang mendorong seseorang berbuat jahat, menganggu kebahagian orang lain dan menghalang orang yang bersikap buruk mendapat keredhaan Allah.

Beliau berkata demikian semasa berucap di Perhimpunan Bulanan BHEUU di sini hari ini.

1

Ucapan oleh YBhg. Datuk Haini Binti Hassan, Ketua Pengarah JBG

 

2

  

3

Warga BHEUU, JBG dan MdI semasa Perhimpunan Bulanan BHEUU Bil.8/2018

 

4

Tahniah kepada Encik Sariman Bin Sabdin, Pembantu Tadbir (Kewangan),W19 daripada Seksyen Kewangan sebagai Pekerja Contoh Bulanan BHEUU Kumpulan Pelaksana bagi bulan Julai 2018

 

5

Tahniah kepada Puan Suhaina binti Abdullah, Pembantu Tadbir Kanan , N22 daripada JBG Ibu Pejabat sebagai Pekerja Contoh Bulanan JBG Kumpulan Pelaksana bagi bulan Julai 2018

 

6

Tahniah kepada Encik Syukri Bin Yunos, Pembantu Tadbir (P/O), N19 daripada MdI cawangan Muar sebagai Pekerja Contoh Bulanan MdI Kumpulan Pelaksana bagi bulan Julai 2018

  • MyGov
  • JPM
  • KSN
  • MAMPU
  • PEJABAT KETUA PENDAFTAR MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA
  • AGC
  • JPA
  • SUHAKAM
  • JBG
  • MdI