BERITA PERHIMPUNAN BULANAN BHEUU BIL. 6/2018

Putrajaya, 26 Jun - YBhg. Dato’ Umar Saifuddin Bin Jaafar, Ketua Pengarah Jabatan Insolvensi berkata warga kerja BHEUU, JBG dan MdI mestilah memberikan taat setia kepada kerajaan yang memerintah. Beliau berkata penjawat awam adalah jentera yang melaksanakan dasar kerajaan dan dengan itu mesti taat kepada kerajaan yang memerintah serta menjauhi politik yang boleh menggugat taat setia penjawat awam.

Beliau menambah, sebagai penjawat awam, kita dituntut untuk sentiasa mengakui bahawa sebarang perkataan dan tindakan kita harus tertakluk kepada peraturan-peraturan yang ditetapkan Perlembagaan Persekutuan dan Pekeliling Perkhidmatan yang dikeluarkan oleh kerajaan dari semasa ke semasa. Beliau mengingatkan ungkapan “Saya Yang Menurut Perintah” bermaksud kepatuhan yang mengikat perkhidmatan seseorang penjawat awam.

Beliau mengingatkan bahawa kerajaan hari ini menekankan prinsip ‘rule of law’ iaitu satu prinsip di mana semua pihak adalah tertakluk kepada undang-undang dan tidak ada mana-mana pihak yang boleh terlepas dari tindakan undang-undang. Justeru, sebagai pendokong dasar kerajaan, warga kerja BHEUU, JBG dan MdI hendaklah sentiasa mematuhi undang-undang, peraturan dan arahan yang dikeluarkan.

Beliau juga mengingatkan setiap warga kerja perlu mengekalkan integriti pada setiap masa. Beliau berharap semua warga kerja dapat menjalankan tugas dengan penuh integriti dan berhemah.

Beliau berkata demikian di Perhimpunan Bulanan BHEUU di sini hari ini.

1

Ucapan oleh YBhg. Dato’ Umar Saifuddin Bin Jaafar , Ketua Pengarah MdI

 

2

  

3

Warga BHEUU, JBG dan MdI semasa Perhimpunan Bulanan BHEUU Bil.6/2018

 

4

Tahniah kepada Encik Mohd Asta Bin Ali, Pegawai Teknologi Maklumat, F44 daripada Sekyen Pengurusan Maklumat sebagai Pekerja Contoh Bulanan BHEUU Kumpulan Pengurusan dan Profesional bagi bulan Mei 2018

 

5

Tahniah kepada Encik Seiang A/L Tian, Pembantu Tadbir (P/O),N19 daripada Seksyen Pengurusan Sumber Manusia sebagai Pekerja Contoh Bulanan BHEUU Kumpulan Pelaksana bagi bulan Mei 2018

 

6

Tahniah kepada Puan Asfanizam Binti Abdul Razak, Penolong Pegawai Tadbir Kanan,N32 daripada Seksyen Kewangan dan Akaun sebagai Pekerja Contoh Bulanan JBG Kumpulan Pelaksana bagi bulan Mei 2018

 

7

Tahniah Puan Nor Faliza Binti Abdul Rashid, Pembantu Tadbir (P/O), N19 daripada Cawangan Pahang sebagai Pekerja Contoh Bulanan JBG Kumpulan Pelaksana bagi bulan Mei 2018

  • MyGov
  • JPM
  • KSN
  • MAMPU
  • PEJABAT KETUA PENDAFTAR MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA
  • AGC
  • JPA
  • SUHAKAM
  • JBG
  • MdI