BERITA PERHIMPUNAN BULANAN BHEUU BIL. 4/2018

Putrajaya, 25 April 2018 - YBhg. Datuk Jalil bin Marzuki, Ketua Pengarah BHEUU berkata semua warga kerja perlu menerbitkan rasa bersyukur kerana YAB Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri kita pada 4 April lalu, semasa Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Ke-16 telah mengumumkan sembilan insentif untuk penjawat awam dan mantan penjawat awam. Beliau mengumumkan kenaikan satu tangga gaji tahunan, kenaikan pangkat time-based kumpulan pelaksana dipendekkan kepada 10 tahun, kemudahan perubatan ibu bapa penjawat awam kontrak, cuti tanpa rekod 7 hari penjawat awam bukan Islam untuk aktiviti keagamaan, dana 3 juta kepada Cuepacs, mewujudkan gred DG56 skim pendidikan, tambahan satu peratus kadar pencen, kuota haji khas kepada pesara kerajaan dan geran khas RM 1 juta kepada persatuan pesara.

Beliau menambah dengan sembilan insentif yang diberikan oleh pihak kerajaan, jelaslah bahawa kerajaan menunjukkan keprihatinan dalam menjaga kebajikan dan kepentingan penjawat awam. Justeru, semua warga kerja perlu komited dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab, mendukung, sekali gus menyokong kerajaan membangunkan negara.

Beliau juga mengucapkan selamat menyambut Hari Pekerja pada 1 Mei. Perayaan ini mengiktiraf dan menghargai sumbangan pekerja dalam pembangunan negara dan memperingati masyarakat tentang peranan pekerja.

Beliau turut mengingatkan semua warga kerja supaya turut mengundi dan membuat pilihan yang bijaksana demi masa depan negara.

Beliau berkata demikian di Perhimpunan Bulanan BHEUU di sini hari ini.

1

Ucapan oleh YBhg. Datuk Jalil bin Marzuki, Ketua Pengarah BHEUU

 

2

  

3

Warga BHEUU, MdI dan JBG semasa Perhimpunan Bulanan BHEUU Bil.4/2018

 

4

Tahniah kepada Encik Muhammad Ismail Bin Abd Ghani, Penolong Pegawai Teknologi Maklumat, FA29  daripada Sekyen Pengurusan Maklumat sebagai Pekerja Contoh Bulanan BHEUU Kumpulan Pelaksana bagi bulan Mac 2018

 

5

Tahniah kepada Puan Nur Suriati Binti Mohamad, Pegawai Undang-Undang L44 daripada Cawangan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur  sebagai Pekerja Contoh Bulanan JBG  Kumpulan Pengurusan dan Profesional bagi bulan Mac 2018

 

6

Tahniah  Encik Muhammad Syahrir Bin Muhamad Zahar, Pembantu Syariah, LS19 Daripada Cawangan Pahang sebagai Pekerja Contoh Bulanan JBG  Kumpulan Pelaksana bagi bulan Mac 2018

 

7

Tahniah kepada  Puan Norhafizah Binti Ahmad Fauzi, Penolong Pegawai Undang-Undang L38 daripada Bahagian Likuidasi   sebagai Pekerja Contoh Bulanan JBG  Kumpulan Pelaksana bagi bulan Mac 2018

 

8

Sesi Penyerahan Sijil Penghargaan Nation Human Rights Action Plan  kepada semua Ketua Sekretariat  (NHRAP)

 

9

Sesi penyampaian Sijil Penghargaan Pasukan Keselamatan Kebakaran Bangunan (PKKB)

 

10

Sesi penyampaian Sijil Jawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam ( EKSA ) BHEUU

 

11

YBhg. Datuk Jalil bin Marzuki merasmikan pelancaran Buku Garis Panduan EKSA BHEUU

  • MyGov
  • JPM
  • KSN
  • KD
  • PEJABAT KETUA PENDAFTAR MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA
  • AGC
  • JPA
  • SUHAKAM
  • JBG
  • MdI