MAJLIS PELANCARAN PELAN TINDAKAN HAK ASASI MANUSIA (NHRAP)

Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), Jabatan Perdana Menteri telah menganjurkan Majlis Pelancaran Pelan Tindakan Hak Asasi Manusia (NHRAP) pada 1 Mac 2018 di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

Turut hadir adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Sri Azalina Othman Said dan Datuk Paul Low Seng Kuan, Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Zainal Rahim Seman, Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia, Tan Sri Razali Ismail, dan Ketua Pengarah BHEUU, Datuk Jalil bin Marzuki.

YAB Perdana Menteri telah menyatakan bahawa, dokumen NHRAP adalah berdasarkan acuan Malaysia dan mengikut garis panduan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Pelan Tindakan ini menggariskan lima teras utama iaitu hak sivil dan politik; hak ekonomi, sosial dan kebudayaan; hak golongan rentan; hak Orang Asli, Anak Negeri Sabah dan Natives of Sarawak; dan kewajipan antarabangsa. Beliau turut berkata NHRAP adalah dokumen awam yang dinamik, fleksibel dan boleh ditambah baik mengikut kesesuaian serta keperluan agensi pelaksana dari semasa ke semasa.

Dato’ Sri Azalina menyatakan bahawa , NHRAP merangkumi 83 isu keutamaan hak asasi manusia di Malaysia dan menggariskan 294 pelan tindakan terperinci untuk dilaksanakan dalam mempromosi serta melindungi hak asasi manusia di Malaysia.

Seramai 300 wakil dari kementerian/jabatan/agensi Kerajaan dan badan bukan Kerajaan telah menghadiri majlis tersebut. Majlis Pelancaran NHRAP merupakan mekanisme Kerajaan bagi mendapatkan sokongan penuh daripada semua pihak berkepentingan dalam usaha memantau dan menilai keberkesanan NHRAP.

1

 

2

  

3

  • MyGov
  • JPM
  • KSN
  • MAMPU
  • PEJABAT KETUA PENDAFTAR MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA
  • AGC
  • JPA
  • SUHAKAM
  • JBG
  • MdI