LAWATAN PENANDA ARAS EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) KE JABATAN AGAMA ISLAM MELAKA (JAIM)

MELAKA, 9 OGOS – Lawatan Penanda Aras Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) ke Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) telah diadakan selama satu (1) hari  dengan jayanya.MELAKA, 9 OGOS – Lawatan Penanda Aras Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) ke Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) telah diadakan selama satu (1) hari  dengan jayanya.Lawatan ini juga telah dihadiri oleh dua puluh sembilan (29) peserta yang diketuai oleh Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) BHEUU dan disertai bersama Jawatankuasa Latihan dan Keselamatan, Jawatankuasa Audit Dalam EKSA dan Penyeragaman, Jawatankuasa Promosi serta ketua-ketua sektor yang dilantik.Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk memberi gambaran yang lebih jelas dan perkongsian pengalaman berkenaan amalan EKSA di JAIM memandangkan agensi tersebut telah mendapat pensijilan EKSA dari Unit Permodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU).Semoga dengan lawatan ini, dapat membantu memberi aspirasi kepada BHEUU untuk terus komited dalam pelaksanaan EKSA seterusnya berjaya mendapat pensijilan dari MAMPU pada akhir tahun 2017.

1

 

2

Sesi taklimat dan perkongsian ilmu oleh pegawai JAIM

 

3

Penyampaian cenderahati kepada wakil JAIM oleh Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) BHEUU

 

4

Sesi fotografi dengan peserta lawatan bersama wakil JAIM

  • MyGov
  • JPM
  • KSN
  • KD
  • PEJABAT KETUA PENDAFTAR MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA
  • AGC
  • JPA
  • SUHAKAM
  • JBG
  • MdI