MESYUARAT PENGGUBALAN RANG UNDANG-UNDANG LANGKAH SEMENTARA BAGI MENGURANGKAN KESAN COVID-19

Putrajaya, 28 Mei - Kerajaan kini sedang menggubal Rang Undang-Undang Langkah Sementara Bagi Mengurangkan Kesan COVID-19 yang akan dibentangkan di Parlimen pada Julai 2020.

Sehubungan itu, satu mesyuarat melibatkan Menteri-Menteri serta wakil seluruh Kementerian dan agensi berkaitan berlangsung hari ini di Auditorium Jabatan Perdana Menteri yang diselaraskan oleh Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) bersama Jabatan Peguam Negara (AGC). Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Dato’ Takiyuddin Haji Hassan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) antara lain membincangkan isu dasar berhubung cadangan penggubalan akta berkenaan.

Menurut Yang Berhormat Menteri, Kerajaan akan mengadakan sesi libat urus bersama semua pemegang taruh selain mesyuarat susulan dengan pelbagai Kementerian dan agensi berkaitan.

Tambah beliau, semua pihak termasuk Organisasi Masyarakat Sivil (CSO) dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) diharapkan dapat memberi sumbang saran dan cadangan pada sesi libat urus melalui platform dalam talian yang akan dimaklumkan serta diselaraskan oleh Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU).

Akta itu digubal selaras keputusan mesyuarat Jemaah Menteri pada 29 April dan 20 Mei lalu yang bersetuju satu akta khusus diwujudkan bagi menangani kesan COVID-19.

11

YB Dato' Takiyuddin Haji Hassan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) ketika menyampaikan ucapan sempena Mesyuarat Penggubalan Rang Undang-Undang Langkah Sementara Bagi Mengurangkan Kesan COVID-19

 

12

YB Dato’ Eddin Syazlee Shith, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (kiri), YB Dato' Takiyuddin Haji Hassan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) (tengah) dan YBhg. Datuk Siti Zainab Omar, Peguam Cara Negara II, Jabatan Peguam Negara (kanan)

  

13

 Wakil-wakil Kementarian, Jabatan dan Agensi yang hadir sempena Mesyuarat Penggubalan Rang Undang-Undang Langkah Sementara Bagi Mengurangkan Kesan COVID-19

 

14

 YB Puan Hajah Zuraida Kamaruddin, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) ketika mengemukakan cadangan dalam menambahbaik Rang Undang-Undang Langkah Sementara Bagi Mengurangkan Kesan COVID-19

 

15

 Ujian saringan suhu badan kepada semua wakil-wakil Kementerian, Jabatan dan Agensi yang hadir ke Mesyuarat Penggubalan Rang Undang-Undang Langkah Sementara Bagi Mengurangkan Kesan COVID-19

 

16

 Petugas di Kaunter Khidmat Pelanggan membantu setiap wakil Kementerian, Jabatan dan Agensi yang hadir khususnya SOP yang perlu dipatuhi sepanjang Mesyuarat Penggubalan Rang Undang-Undang Langkah Sementara Bagi Mengurangkan Kesan COVID-19

  • MyGov
  • JPM
  • KSN
  • MAMPU
  • PEJABAT KETUA PENDAFTAR MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA
  • AGC
  • JPA
  • SUHAKAM
  • JBG
  • MdI