BERITA PERHIMPUNAN BULANAN BHEUU BIL. 6/2019

Putrajaya, 17 Disember - YBrs. Puan Siti Salwa binti Musa selaku Ketua Pengarah Jabatan Bantuan Guaman (JBG) mengingatkan penjawat awam bahawa mereka adalah tenaga atau watak utama dalam merealisasikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030. Iltizam Kerajaan adalah untuk menjadikan Malaysia sebuah negara berdasarkan ekonomi yang terus berkembang rancak dan mampan tanpa dipalit gejala rasuah.

Menurut beliau, Kerajaan menggariskan matlamat jelas ke arah menjadikan Malaysia bebas rasuah iaitu dengan menghapuskan salah guna kuasa, mengekang campur tangan politik, menghentikan kronisme dan nepotisme, serta menghapuskan penyelewengan dan kelemahan tadbir urus. Indeks Persepi Rasuah meletakkan kita di tangga ke-61 daripada 180 negara pada tahun 2018 berbanding 39 daripada 145 negara pada 2004.

Beliau mengakhiri ucapan dengan berkongsikan tips kebahagiaan melalui konsep KASIH iaitu kasih sayang, akhlak, sihat serta selamat, ilmu dan harmoni.

Dalam perkembangan lain, seramai 21 pegawai dan kakitangan baharu diperkenalkan manakala 13 orang lagi telah bertukar ke Jabatan dan Kementerian lain, dan dua bersara.

Sementara itu, Anugerah Pekerja Contoh Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) bagi bulan Oktober dan November dianugerahkan kepada Encik Ir. Ts. Ikhwan Fariz bin Mazri, Puan Kartini binti Abdul Rahman, Encik Wan Hasrul Effendy bin Sulaiman, Encik Hairul Hamiz bin Arsat, Puan Izyan Aziza binti Ismail @ Aziz, Puan Norasikin binti A. Wahab, Encik Zekeria bin Hassan dan Encik Mohd Firdaus bin Zainal Abidin. Penerima bagi JBG pula adalah Puan Marina binti Abdul Rahman, Puan Ardia Farizan binti Ab Talib, Encik Muhamad Aslam bin Ahmad dan Puan Faziana binti Kasni. Manakala penerima bagi Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) adalah Puan Faieza binti Mohamad Illias dan Puan Eley Noor binti Mamat.

Majlis juga menyaksikan pemakluman pegawai dan kakitangan yang telah menerima pingat. Puan Jasmani binti Abd Rahim dari BHEUU dianugerahi Pingat Pangkuan Negara iaitu Pingat Persekutuan. Begitu juga dengan Puan Wan Mariani binti Wan Hussin dan Puan Maimun binti Mat Jan dari JBG. Encik Fauzi Afandi bin Razali dan Encik Mohd Rahinuddin bin Abdul Rahin dari MdI pula dianugerahi Pingat Bakti Masyarakat iaitu Pingat Kebesaran Negeri Melaka. Majlis diakhiri dengan penyampaian Ceramah Budaya Kerja Berprestasi Tinggi ‘Getaran Jiwa Perubahan’ oleh YBrs. Dr. Megat Yusof bin Sharif.

Perhimpunan turut dihadiri oleh YBhg. Datuk Dr. Rose Lena binti Lazemi, Ketua Pengarah BHEUU dan YBhg. Dato’ Anas bin Ahmad Zakie, Ketua Pengarah MdI. Perhimpunan bulanan kali ini dihoskan oleh JBG melibatkan kehadiran kira-kira 200 orang.

1

Ucapan oleh YBrs. Puan Siti Salwa binti Musa , Ketua Pengarah JBG

 

2

 

  

3

 Warga BHEUU, JBG dan MdI semasa Perhimpunan Bulanan BHEUU Bil. 6/2019

 

4

 Tahniah kepada Encik IR. TS. Ikhwan Fariz bin Mazri daripada Seksyen Pembangunan sebagai Pekerja Contoh BHEUU Kumpulan Pengurusan dan Profesional bagi bulan November 2019

 

5

 Tahniah kepada Puan Kartini binti Abdul Rahman daripada Seksyen Pembangunan sebagai Pekerja Contoh BHEUU Kumpulan Pelaksana bagi bulan November 2019

 

6

Tahniah kepada Encik Wan Hasrul Effendy bin Sulaiman daripada Seksyen Unit Khidmat Pengurusan Sumber Manusia sebagai Pekerja Contoh BHEUU Kumpulan Pelaksana bagi bulan November 2019

 

7

Tahniah kepada Encik Hairul Hamiz bin Arsat daripada Seksyen Unit Khidmat Pengurusan Sumber Manusia sebagai Pekerja Contoh BHEUU Kumpulan Pelaksana bagi bulan November 2019

 

8

Tahniah kepada Puan Izyan Aziza binti Ismail @ Aziz daripada Seksyen Dasar sebagai Pekerja Contoh BHEUU Kumpulan Pengurusan dan Profesional bagi bulan Disember 2019

 

9

Tahniah kepada Encik Zekeria bin Hassan daripada Seksyen Unit Khidmat Pengurusan Sumber Manusia sebagai Pekerja Contoh BHEUU Kumpulan Pelaksana bagi bulan Disember 2019

 

10

Tahniah kepada Puan Marina Binti Abdul Rahman daripada Seksyen Litigasi dan Nasihat Syariah sebagai Pekerja Contoh JBG Kumpulan Pengurusan dan Profesional bagi bulan Disember 2019

  • MyGov
  • JPM
  • KSN
  • MAMPU
  • PEJABAT KETUA PENDAFTAR MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA
  • AGC
  • JPA
  • SUHAKAM
  • JBG
  • MdI