3D Mindscape Kelab Sukan Dan Kebajikan BHEUU, JPM.
Selamat Datang Ke Laman Web Kelab Sukan Dan Kebajikan BHEUU, JPM

PENTADBIRAN KEWANGAN

MESYUARAT KELAB

TATATERTIB KELAB

PEMBUBARAN KELAB&PELBAGAI

 

 

PENTADBIRAN AM

 

Pentadbiran Am

i)Pentadbiran Kelab hendaklah diuruskan oleh satu Jawatankuasa Tadbir.

ii) Keanggotaan Jawatankuasa Tadbir Kelab adalah seperti berikut:

a) Seorang Pengerusi

b) Serang Timbalan Pengerusi

c) Dua Orang Naib Pengerusi

d) Seorang setiausaha

e) Seorang Penolong Setiausaha

f) Seorang Bendahari

g) 5 orang Ahli Jawatankuasa Tadbir Biasa

iii) Semua pemegang jawatan dalam kelab ini dan tiap-tiap orang yang menjalankan tugas pemerintah hendaklah warganegara Malaysia. Ahli Jawatankuasa Tadbir kecuali Pengerusi dan Penolong Setiausaha hendaklah dicadang dan disokong dan dipilih dengan cara mengundi 2 (dua) tahun sekali oleh ahli-ahli melalui Mesyuarat Agung Tahunan Kelab.

iv) Pengerusi adalah dilantik mengikut perkara Pelbagai bahagian Pengerusi para i , Penolong Setiausaha boleh dilantik dari kalangan lima (5) Ahli Jawatankuasa Tadbir Biasa yang dipilih oleh Setiausaha.

v) Jawatankuasa Tadbir boleh melantik tidak lebih dari 6 (enam) orang ahli Jawatankuasa Biasa lagi yang difikirkan patut.

vi) Jika sesaorang Ahli Jawatankuasa Tadbir meninggal dunia atau meletakkan jawatan, calon yang kedua mendapat undi terbanyak dalam pemilihan yang lalu hendaklah dipanggil memenuhkan kekosongan itu. Jika calon yang demikian tidak ada atau menolak jawatan itu, maka berkuasalah Jawatankuasa melantik ahli kelab biasa yang lain untuk memenuhkan kekosongan itu sehingga Mesyuarat Agung Tahunan diadakan.

- Next -

Hak Cipta Terpelihara ©2007. Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, JPM.