TATACARA BERHUBUNG PEMERBADANAN PEMEGANG AMANAH

TATACARA BERHUBUNG PEMERBADANAN PEMEGANG AMANAH
       
Penghantaran Dokumen:
  1. Penghantaran sebarang dokumen termasuk borang permohonan hendaklah dilakukan di Kaunter Pertanyaan bertempat di Lobi Menara Selatan BHEUU sahaja.
2. Yayasan/wakil hendaklah menyediakan surat akuan penerimaan kerana BHEUU tidak menyediakan perkhidmatan fotokopi.
3. Cop akuan penerimaan akan dibuat oleh Pegawai Khidmat Pelanggan/Polis Bantuan yang bertugas pada hari tersebut.
       
Penetapan Temu Janji Bagi Sesi Konsultasi:
  1. Sebarang urusan konsultasi hendaklah melalui temu janji yang telah ditetapkan dan dipersetujui terlebih dahulu oleh kedua-dua belah pihak pelanggan dan BHEUU.
2. Yayasan/wakil perlu membuat temu janji terlebih dahulu bagi mendapatkan khidmat konsultasi melalui surat rasmi di alamat seperti berikut:
    Ketua Pengarah
Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang
Jabatan Perdana Menteri
Aras 6, Bangunan Hal Ehwal Undang-Undang
Presint 3, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62692 Putrajaya
(u.p.: Puan Laila Khalidah binti Ismail, Pengarah Seksyen Dasar)
       
    atau e-mel kepada:  
   
  1. akmar.shahran[at]bheuu.gov.my; dan
  2. luqman.mahfodz[at]bheuu.gov.my.
 
       
  3. Waktu temu janji bagi sesi konsultasi adalah seperti berikut:
   
  1. Isnin – Khamis: 9.30 pagi hingga 12.30 tengah hari; dan 3.30 petang hingga 4.30 petang.
  2. Jumaat           : 9.00 pagi hingga 11.30 pagi; dan 3.30 petang hingga 4.30 petang.
       
  4. Pelanggan yang hadir tanpa temu janji hanya akan dilayan setelah selesai temu janji yang telah ditetapkan pada hari tersebut.