PROJEK-PROJEK BANGUNAN MAHKAMAH

1. Kompleks Mahkamah Baharu Kota Kinabalu, Sabah

Kompleks Mahkamah Baharu Kota Kinabalu ini didirikan di atas tanah seluas 6.25 ekar di Jalan Shariff Osman off Jalan Kolam di Kota Kinabalu, Sabah. Projek ini diluluskan dalam Rancangan Malaysia (RM)ke-10 yang melibatkan kerja-kerja pembinaan sebuah bangunan baru dengan skop projek 16 bilik bicara iaitu 1 Mahkamah Persekutuan, 3 Mahkamah Tinggi, 6 Mahkamah Sesyen dan 6 Mahkamah Majistret. Projek yang dimulakan pada 22 Julai 2014 ini mengambil masa selama 30 bulan dan dijangka siap sepenuhnya pada 1 April 2017.

1
Reka bentuk Kompleks Mahkamah Baharu Kota Kinabalu

1
1
Kompleks Mahkamah Baharu Kota Kinabalu dalam pembinaan

2. Kompleks Mahkamah Baharu Kangar, Perlis

Kompleks Mahkamah Baharu Kangar, Perlis ini didirikan di atas tanah seluas 9 ekar di Mukim Seriab, Kangar. Projek ini diluluskan dalam Rancangan Malaysia (RM)ke-10 yang melibatkan kerja-kerja pembinaan sebuah bangunan baharu dengan skop projek 5 bilik bicara iaitu 1 Mahkamah Tinggi, 2 Mahkamah Sesyen dan 2 Mahkamah Majistret. Projek ini dibangunkan dalam 2 fasa pembinaan iaitu:

    1. Fasa I (Kerja-kerja tanah)
    2. Fasa II (Kerja-kerja Infrastruktur)

Kerja-kerja tanah telah siap sepenuhnya pada 28 Februari 2016. Kerja-kerja infrastruktur (pembinaan bangunan) dijangka akan dimulakan pada 17 Oktober 2016 yang akan mengambil masa selama 26 bulan dan dijangka siap pada 8 Disember 2018.

1
Rekabentuk Mahkamah Baharu Kangar

1
Kerja-kerja tanah untuk pembinaan Mahkamah Baharu Kangar telah selesai sepenuhnya

3. Mahkamah Baharu Tapah, Perak

Kompleks Mahkamah Baharu Tapah, Perak ini didirikan di atas tanah seluas 4.9 ekar di Mukim Batang Padang, Perak. Projek ini diluluskan dalam Rancangan Malaysia (RM)ke-10 yang melibatkan kerja-kerja pembinaan sebuah bangunan baharu dengan skop projek 2 bilik bicara iaitu 1 Mahkamah Sesyen dan 1 Mahkamah Majistret. Projek yang dimulakan 22 Mac 2016 ini mengambil masa selama 24 bulan dan dijangka siap pada 19 Mac 2018.

1
Rekabentuk Mahkamah Baharu Tapah

1
Kerja pembersihan tanah untuk pembinaan Mahkamah Baharu Tapah

4. Kompleks Mahkamah Baharu Kota Bharu, Kelantan

Kompleks Mahkamah Kota Bharu, Kelantan ini didirikan di atas tanah seluas 6.73 ekar di Mukim Kota, Kota Bharu, Kelantan. Projek ini diluluskan dalam Rancangan Malaysia (RM)ke-10 yang melibatkan kerja-kerja pembinaan sebuah bangunan baharu dengan skop projek 13 bilik bicara iaitu 3 buah Mahkamah Tinggi, 5 buah Mahkamah Sesyen dan 5 Mahkamah Majistret. Projek yang dimulakan pada 2 Jun 2016 ini mengambil masa selama 48 bulan dan dijangka siap pada 1 Jun 2020.

1
Reka bentuk Kompleks Mahkamah Baharu Kota Bharu, Kelantan

1
Kerja-kerja tanah sedang dilaksanakan