PENJELASAN PENSIJILAN SATU BINTANG PIAWAIAN EMAS

Laman Utama

1.Pengiktirafan One StarGold Standard diperolehi daripada ASEAN Energy Manager Accreditation Scheme (AEMAS).

2. Pengauditan dilaksanakan oleh En. Hasbullah Harun, auditor berdaftar AEMAS dan En. Muhd Muhtazam Noordin daripada GreenTech Malaysia.

3. Secara ringkas, 7 aspek yang dinilai:-

  • Pengurusan – penggubalan dasar pengurusan tenaga dan penetapan sasaran,
  • Organisasi – penubuhan jawatankuasa dan pelantikan ‘pengurus tenaga’
  • Proses – laporan/analisa penggunaan tenaga dan penyediaan pelan operasi,
  • Informasi – pengurusan dokumen dan hebahan kepada semua warga bangunan,
  • Kewangan – pengurusan bajet dan pelaburan,
  • Tanggungjawab Korporat – pematuhan terhadap peraturan-peraturan tenaga; dan
  • Pencapaian – pengauditan dan semakan semula pelan pengurusan tenaga.