PERHIMPUNAN BULANAN BHEUU BIL.9/2017

Putrajaya, 9 Oktober – YBhg. Datuk Abdul Rahman Putra Dato Haji Taha, Ketua Pengarah Insolvensi menyeru semua warga kerja BHEUU, MdI dan JBG berhijrah daripada keburukan kepada kebaikan dalam setiap sudut kehidupan. Penghijrahan yang dimaksudkan bukan hanya yang berbentuk fizikal tetapi hijrah untuk mengubah cara berfikir dan tingkah laku ke arah yang lebih baik.

Beliau berkata, perubahan-perubahan yang dilakukan hendaklah secara istiqamah atau konsisten. Ianya hendaklah juga diasaskan di atas semangat melakukan transformasi minda dan budaya hidup yang berteraskan nilai-nilai murni.

Beliau mengingatkan semua warga kerja bahawa pada masa kini, hanya terdapat dua pilihan, sama ada berubah atau rebah. Beliau berkata, di era kepesatan teknologi ekonomi digital, ledakan produk inovasi kini mampu menyebabkan sesuatu perniagaan atau keseluruhan produk dan pasaran boleh dicipta dan dimusnahkan dalam satu malam atau sekelip mata sahaja.

Beliau menambah, pada 20 tahun lalu, tiada siapa pernah menjangka dan membayangkan suatu hari nanti akan wujud idea-idea baru seperti smartphone, Facebook, Whatsapp yang menenggelamkan perkhidmatan sms, faks, telegram dan perkhidmatan pager. Justeru, walaupun perubahan atau transformasi itu sukar namun ianya pasti akan berlaku dan harus ada titik permulaannya dalam menghadapi tahun 2050.

1

Ucapan oleh YBhg. Datuk Abdul Rahman Putra Dato Haji Taha, Ketua Pengarah Insolvensi

 

2

 Warga BHEUU, MdI dan JBG semasa Perhimpunan Bulanan BHEUU Bil. 9/2017

 

3

Warga BHEUU, MdI dan JBG semasa Perhimpunan Bulanan BHEUU Bil. 9/2017

 

4

Tahniah kepada Encik Mohd Khairi Mansor, Pegawai Teknologi Maklumat dari Seksyen Pengurusan Maklumat yang dipilih sebagai Pekerja Contoh Bulanan BHEUU bagi bulan September 2017 bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesional

  • MyGov
  • JPM
  • KSN
  • KD
  • PEJABAT KETUA PENDAFTAR MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA
  • AGC
  • JPA
  • SUHAKAM
  • JBG
  • MdI