PERHIMPUNAN BULANAN BHEUU BIL.7/2017

Putrajaya, 9 Ogos – YBhg. Datuk Haini Binti Hassan, Ketua Pengarah JBG berkata penjawat awam perlu memiliki minda merdeka dalam menyempurnakan sesuatu tugasan daripada kebiasaan (go extra mile) dan memberi sumbangan yang lebih besar terhadap organisasi. Beliau berkata minda merdeka merupakan faktor penggerak utama bagi memacu komitmen warga kerja dalam organisasi menuju era gemilang.

Beliau menegaskan minda merdeka adalah pemikiran yang bebas dan tidak terkongkong oleh sistem dan budaya kerja yang lama, pemikiran yang mengutamakan keadilan serta tidak terpengaruh dengan penyelewengan, pemikiran yang kreatif dan berani mencuba untuk menjana inovasi bagi memperbaiki sistem penyampaian perkhidmatan serta sistem pemikiran yang objektif iaitu berkebolehan membuat pertimbangan dan keputusan dengan cepat lagi tepat.

Beliau berkata demikian semasa berucap  di Perhimpunan Bulanan BHEUU di sini hari ini.

1

Ucapan oleh YBhg.Datuk Haini Binti Hassan, Ucapan oleh YBhg.Datuk Haini Binti Hassan, Ketua Pengarah JBG.

 

2

Warga BHEUU, MdI dan JBG semasa Perhimpunan Bulanan BHEUU Warga BHEUU, MdI dan JBG semasa Perhimpunan Bulanan BHEUU Bil. 7/2017.

 

3

Warga BHEUU, MdI dan JBG semasa Perhimpunan Bulanan BHEUU Warga BHEUU, MdI dan JBG semasa Perhimpunan Bulanan BHEUU Bil. 7/2017.

 

4

Tahniah kepada Puan Leela a/p Sendarajo, Pegawai Tadbir dan Diplomatik dari Seksyen Dasar yang dipilih sebagai Pekerja Contoh Bulanan BHEUU bagi bulan Jun 2017 bagi Kumpulan Pengurusan & Profesional.

 

5

Taklimat Perpustakaan Digital : Maklumat Dihujung Jari yang disampaikan oleh Encik Tamimi bin Hj. Taib, Penolong Pengarah Bahagian Sumber Elektronik, Perpustakaan Negara Malaysia.

  • MyGov
  • JPM
  • KSN
  • KD
  • PEJABAT KETUA PENDAFTAR MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA
  • AGC
  • JPA
  • SUHAKAM
  • JBG
  • MdI