BERITA PERHIMPUNAN BULANAN BHEUU BIL. 5/2019

Putrajaya, 10 Oktober - YBhg. Dato’ Anas bin Ahmad Zakie selaku Ketua Pengarah Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) mengingatkan agar semua warga kerja khususnya di MdI untuk menjaga dan melaksanakan kualiti piagam pelanggan jabatan, serta bijak dalam pengurusan perkhidmatan pelanggan yang bermasalah.

Menurut beliau, nilai sebenar adalah keupayaan dan perlaksanaan yang efektif oleh penjawat awam di jabatan itu sendiri dan bukan sekadar hanya mempamerkan slogan dan moto jabatan. Selain itu, mereka perlu memegang amanah dan tanggungjawab yang diberikan oleh ketua jabatan.

Dalam perkembangan lain, seramai empat pegawai baharu diperkenalkan manakala lima orang pegawai telah bertukar ke Jabatan dan Kementerian lain, dan dua cuti belajar.

Sementara itu, Puan Rosazlina binti Mohd Adzmi dan Encik Shahrin bin Othman dianugerahi sebagai pekerja contoh Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), manakala Puan Noor Suzianie binti Rodzee sebagai pekerja contoh MdI. Penerima anugerah pekerja contoh bagi Jabatan Bantuan Guaman (JBG) pula adalah Puan Azlin Zeti binti Zainal Abidin dan Puan Nor Hazila binti Azhar.

Majlis juga menyaksikan pemberian hadiah untuk pemenang Kuiz Celik Sejarah BHEUU 2019, serta Taklimat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan oleh YBrs. Encik Azizie bin Hj Hamid, Pengurus Latihan National Institute of Occupational Safety and Health (NIOSH) Certification Sdn Bhd. Laporan kes tatatertib bagi bulan September turut dibacakan pada majlis kali ini.

Perhimpunan turut dihadiri oleh YBhg. Datuk Dr. Rose Lena binti Lazemi, Ketua Pengarah BHEUU dan YBrs. Puan Siti Salwa binti Musa, Ketua Pengarah JBG. Perhimpunan bulanan kali ini dihoskan oleh MdI melibatkan kehadiran kira-kira 200 orang.

1

Ucapan oleh YBhg. Dato’ Anas bin Ahmad Zakie, Ketua Pengarah MdI

 

2

 

  

3

 Warga BHEUU, JBG dan MdI semasa Perhimpunan Bulanan BHEUU Bil. 5/2019

 

4

 Tahniah kepada Puan Rosazlina binti Mohd Adzmi daripada Seksyen Pengurusan Maklumat sebagai Pekerja Contoh BHEUU Kumpulan Pengurusan dan Profesional bagi bulan September 2019

 

5

 Tahniah kepada Encik Encik Shahrin bin Othman daripada Seksyen Pengurusan Sumber Manusia sebagai Pekerja Contoh BHEUU Kumpulan Pelaksana bagi bulan September 2019

 

6

Tahniah kepada juara Kuiz Celik Sejarah BHEUU 2019

 

7

YBhg. Datuk Dr. Rose Lena binti Lazemi, Ketua Pengarah BHEUU meyerahkan cenderahati kepada Encik Azizie bin Hj Hamid, Pengurus Latihan National Institute of Occupational Safety and Health (NIOSH) Certification Sdn Bhd. yang telah menyampaikan Taklimat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

  • MyGov
  • JPM
  • KSN
  • MAMPU
  • PEJABAT KETUA PENDAFTAR MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA
  • AGC
  • JPA
  • SUHAKAM
  • JBG
  • MdI