ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) TAHUN 2018 KLUSTER PENGURUSAN KEHAKIMAN DAN PERUNDANGAN

Putrajaya, 30 April 2019 - Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2018 Kluster Pengurusan Kehakiman dan Perundangan telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Liew Vui Keong, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Hal Ehwal Parlimen) di Dewan Saksama, Aras 2, Bangunan Hal Ehwal Undang-Undang, Putrajaya hari ini.

       Seramai 152 orang penjawat awam yang melibatkan enam agensi di bawah portfolio Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Hal Ehwal Parlimen) menerima anugerah tersebut iaitu :

  1. Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (13 orang);
  2. Lembaga Penasihat (3 orang);
  3. Jabatan Bantuan Guaman (36 orang);
  4. Jabatan Insolvensi Malaysia (86 orang);
  5. Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan (6 orang);
  6. Bahagian Perlindungan (6 orang);
  7. Pejabat Yang Berhormat Menteri (1 orang); dan
  8. Pejabat Yang Berhormat Timbalan Menteri (1 orang).

       Semua penerima APC tersebut telah melalui proses penilaian dan pertimbangan oleh panel pembangunan sumber manusia di agensi masing-masing.  Pengiktirafan ini adalah insentif yang diberikan oleh Kerajaan kepada mereka yang telah menunjukkan prestasi kerja yang cemerlang sepanjang tahun 2018 selaras dengan membudayakan kerja berprestasi tinggi, berinovasi dan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 13 Tahun 2012.

       Yang Berhormat Datuk Liew Vui Keong dalam ucapannya berkata, setiap penjawat awam hendaklah memberi penekanan peribadi  terhadap “character building” dengan menimba ilmu pengetahuan, meningkatkan kemahiran dan juga mengamalkan nilai-nilai murni serta ciri-ciri peribadi yang positif termasuk aspek integriti. 

       Beliau turut berkata bahawa ekspektasi rakyat terhadap perkhidmatan awam juga semakin tinggi dan memerlukan pembaharuan  berterusan agar kekal relevan dan berkesan dalam memenuhi permintaan dan harapan rakyat.

       Turut hadir pada majlis ini ialah Yang Berbahagia Dato’ Junaidah binti Kamarruddin, Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Yang Arif Dato’ Othman bin Yusof, Ketua Pengerusi Lembaga Penasihat, Yang Berbahagia Datuk Anita binti Haji Haron, Ketua Pengarah Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan dan Yang Berbahagia Dato’ Anas bin Ahmad Zakie, Ketua Pengarah Jabatan Insolvensi Malaysia.

1

Ucapan oleh YB Datuk Liew Vui Keong, Menteri di Jabatan Perdana Menteri

 

2

  

3

Antara warga enam agensi yang terlibat dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC)

 

4

 

5

 

6

 

7

Tahniah kepada semua penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2018

  • MyGov
  • JPM
  • KSN
  • KD
  • PEJABAT KETUA PENDAFTAR MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA
  • AGC
  • JPA
  • SUHAKAM
  • JBG
  • MdI