BERITA PERHIMPUNAN BULANAN BHEUU BIL. 10/2018

Putrajaya, 26 Oktober - YBhg. Datuk Jalil bin Marzuki, Ketua Pengarah BHEUU mengajak warga kerja BHEUU, JBG dan MdI terus mengamalkan budaya yang produktif di tempat kerja dengan istiqamah. Ini boleh dilaksanakan dengan motivasi dalaman seseorang pekerja iaitu dengan melaksanakan kerja dengan ikhlas, amanah, berintegriti, bersungguh-sungguh serta tekun.

Menurut beliau lagi, antara panduan meningkatkan produktiviti adalah dengan membuat senarai tugas harian/mingguan. Cara ini dapat membantu melaksanakan kerja dengan teratur dan dapat menghindarkan diri daripada terlupa mengambil tindakan.

Beliau menambah, setiap pekerja mempunyai waktu produktiviti yang berbeza. Kebiasaannya, waktu produktif di tempat kerja adalah di sebelah pagi. Tugas hendaklah dilaksanakan pada waktu produktif pekerja.

Beliau berkata, pekerja perlu fokus dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab. Ia boleh dilakukan dengan mengurangkan halangan seperti membuang masa dengan handphone dan berborak pada waktu bekerja. Seseorang pekerja juga perlu menyusun kehidupan peribadi dengan baik kerana tumpuan kepada kerja dapat dilaksanakan sepenuhnya.

Beliau menyeru agar pekerja mengelakkan tabiat suka menangguhkan kerja. Menangguh kerja boleh menyebabkan rantaian kerja yang efisien terputus dan menggangu produktiviti.

Beliau berkata demikian di Perhimpunan Bulanan BHEUU di sini hari ini.

1

Ucapan oleh YBhg. Datuk Jalil bin Marzuki, Ketua Pengarah BHEUU

 

2

  

3

Warga BHEUU, JBG dan MdI semasa Perhimpunan Bulanan BHEUU Bil.10/2018

 

4

Tahniah kepada Puan Nurul Aishah binti Karis, Pegawai Teknologi Maklumat Gred F44 daripada Seksyen Pengurusan Maklumat sebagai Pekerja Contoh BHEUU Kumpulan Pengurusan dan Profesional bagi bulan September 2018

 

5

Tahniah kepada Puan Faridah binti Ishak, Penolong Pegawai Tadbir Gred N36 daripada Unit Inovasi sebagai Pekerja Contoh BHEUU Kumpulan Pelaksana bagi bulan September 2018

 

6

Tahniah kepada Puan Salbiah binti Ismail, Pembantu Tadbir (P/O) Gred N19 daripada Bahagian Penyiasatan dan Penguatkuasa Ibu Pejabat sebagai Pekerja Contoh MdI Kumpulan Pelaksana bagi bulan September 2018

 

7

Tahniah kepada para pemenang Pertandingan Jom Fit Challenge

 

8

 

9

 

10

Tahniah kepada para pemenang Pertandingan Fotografi Menggunakan Smartphone

  • MyGov
  • JPM
  • KSN
  • MAMPU
  • PEJABAT KETUA PENDAFTAR MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA
  • AGC
  • JPA
  • SUHAKAM
  • JBG
  • MdI