BERITA PERHIMPUNAN BULANAN BHEUU BIL. 5/2018

Putrajaya, 24 Mei 2018 - YBhg. Datuk Haini Hassan mengingatkan warga kerja BHEUU, JBG dan MdI harus mendukung aspirasi negara dengan mengamalkan sikap neutral semasa melaksanakan tugas. Beliau mengingatkan warga kerja tidak boleh memperlekehkan mana-mana individu kerana sekiranya berbuat demikian ia memberi gambaran negatif terhadap organisasi yang diwakili.

Beliau menambah sikap taksub kepada mana-mana individu perlu dihindari. Amalan menjaga kewibawaan institusi atau setiap organisasi adalah tanggungjawap setiap warganegara.

Beliau menyatakan sekiranya seseorang tidak percaya kepada individu, maka sesorang tidak boleh hilang kepercayaan kepada institusi negara. Beliau menasihatkan warga kerja berhati-hati sekiranya mengepos bahan dalam media sosial masing-masing.

Beliau berkata demikian di Perhimpunan Bulanan BHEUU di sini hari ini.

1

Ucapan oleh YBhg. Datuk Haini Binti Hassan, Ketua Pengarah JBG

 

2

  

3

Warga BHEUU, JBG dan MdI semasa Perhimpunan Bulanan BHEUU Bil.5/2018

 

4

Tahniah kepada Puan Norazlina Binti Abd Hamid, Pegawai Tadbir & Diplomatik, M44 daripada Sekyen Dasar sebagai Pekerja Contoh Bulanan BHEUU Kumpulan Pengurusan dan Profesional bagi bulan April 2018

 

5

Tahniah kepada Encik Sidek Bin Ahmad,  Pembantu Tadbir (P/O) Kanan, N26  daripada Unit   Khidmat Pengurusan  sebagai Pekerja Contoh Bulanan BHEUU Kumpulan Pelaksana bagi bulan April 2018

 

6

Tahniah kepada  Puan Choo Hueay Ting, Pegawai Undang-Undang, L44 daripada Cawangan Pulau Pinang sebagai Pekerja Contoh Bulanan JBG  Kumpulan Pengurusan dan Profesional bagi bulan April 2018

 

7

Tahniah Mohd Saiful Neezam Bin Othman Penolong Pegawai Undang-Undang, L32 ddaripada Cawangan Pahang  sebagai Pekerja Contoh Bulanan JBG  Kumpulan Pelaksana bagi bulan April 2018

  • MyGov
  • JPM
  • KSN
  • MAMPU
  • PEJABAT KETUA PENDAFTAR MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA
  • AGC
  • JPA
  • SUHAKAM
  • JBG
  • MdI