MAJLIS PELANCARAN GOTONG ROYONG EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) BAHAGIAN HAL EHWAL UNDANG-UNDANG (BHEUU)

PUTRAJAYA, 12 FEB 2016 – Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) telah mengadakan Majlis Pelancaran Gotong Royong Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) di Ruang Legar Lobi BHEUU bermula jam 9.00 pagi. Program Gotong Royong EKSA ini adalah merupakan salah satu inisiatif BHEUU untuk meningkatkan prestasi dan daya saing organisasi di samping menyemarakkan lagi budaya kreatif dan inovatif dalam kalangan jabatan / agensi sektor awam. Datuk Mohd Zuki bin Ali, Ketua Pengarah BHEUU telah merasmikan majlis tersebut serta menyampaikan hadiah pemenang Pertandingan Mencipta Logo EKSA BHEUU iaitu Puan Maria binti Mat Nani daripada Seksyen Pengurusan Maklumat. Majlis berakhir pada pukul 10.30 pagi. 

 

01 eksaDatuk Mohd Zuki bin Ali, Ketua Pengarah BHEUU sedang memberikan ucapan perasmian.

02 eksa
Ketua Pengarah BHEUU sedang menandatangani Sijil Perasmian Majlis Gotong Royong
EKSA BHEUU

 03 eksa
Ketua Pengarah BHEUU, Datuk Mohd Zuki bin Ali, sedang merasmikan Majlis Gotong Royong EKSA BHEUU.

04 eksa
Penyampaian hadiah kepada Pemenang Pertandingan Mencipta Logo EKSA BHEUU iaitu Puan Maria binti Mat Nani

05 eksaWarga BHEUU yang menghadiri Majlis Perasmian Gotong Royong EKSA BHEUU

06 eksaBarisan Pegawai Kanan BHEUU yang menghadiri Majlis Perasmian Gotong Royong EKSA

  • MyGov
  • JPM
  • KSN
  • KD
  • PEJABAT KETUA PENDAFTAR MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA
  • AGC
  • JPA
  • SUHAKAM
  • JBG
  • MdI