LEGAL FORUM 4U & ME SIRI 1 ANJURAN BAHAGIAN HAL EHWAL UNDANG-UNDANG, JABATAN PERDANA MENTERI DENGAN KERJASAMA UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA

Gombak, 10 November 2016  –Isu hak asasi manusia semakin mendapat perhatian di kalangan masyarakat pada masa kini. Semakin ramai yang menyedari kepentingan isu hak-hak manusia dan keperluan untuk menghormati hak-hak orang lain. Justeru, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri (BHEUU) dengan kerjasama Kulliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), di bawah initiatif Legal Forum 4U & Me telah menganjurkan program yang bertema “Human Rights Involving Vulnerable Groups” di Moot Court pada 10 November 2016. Program ini telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Jalil bin Marzuki, Ketua Pengarah BHEUU mewakili Yang Berhormat Dato’ Razali bin Ismail, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Program ini telah dihadiri oleh para pensyarah dan pelajar Kulliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim serta pegawai-pegawai kanan dari BHEUU.

Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran, terutamanya di kalangan generasi muda, mengenai peri penting perlindungan ke atas hak dan martabat kanak-kanak, warga emas dan orang kurang upaya. Program ini menyediakan satu platform kepada generasi muda untuk membincangkan isu-isu berkaitan hak asasi manusia dari segi pencabulan hak-hak asasi manusia, penguatkuasaan instrumen-instrumen hak asasi manusia dan strategi-strategi untuk memperkukuhkan kedudukan hak asasi manusia dari segi perundangan di Malaysia.

Ucaptama bertajuk “Human Rights Involving Vulnerable Groups: The International Instruments and Domestic Laws of Malaysia” telah disampaikan oleh YBrs. Profesor Madya Dr. Nuraisyah Chua Abdullah dari Universiti Teknologi MARA (UiTM). Dua sesi forum juga telah diadakan dengan tajuk “Child Sexual Abuse and Exploitation Involving Children in Malaysia” dan “Protection of Elderly and Disabled Persons: Legal and Practical Approach” yang terdiri daripada barisan panel berwibawa dari agensi Kerajaan, Akademia, badan bukan Kerajaan dan pengamal dan pendokong isu hak asasi manusia.

Siri1 1

Sesi Perasmian Legal Forum 4U & Me
[Dari kiri: YBhg. Prof. Ashgar Ali bin Ali Mohamad, Dekan Kulliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, UIAM; YBhg. Prof. Dato’ Sri Dr. Zaleha Kamarudin, Rektor UIAM; YBhg. Datuk Jalil bin Ibrahim, Ketua Pengarah BHEUU; YBrs. Dr. Nor Mazny Abdul Majid, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar & Pembangunan) BHEUU; and YBrs. Dr. Nasarudin Abdul Rahman, Timbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar), Kulliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, UIAM]

 

Siri1 2

Kata-kata aluan oleh YBhg. Prof. Dato’ Sri Dr. Zaleha Kamarudin, Rektor UIAM

Siri1 3

YBhg. Datuk Jalil bin Ibrahim, Ketua Pengarah BHEUU menyampaikan ucapan perasmian mewakili Yang Berhormat Dato’ Razali bin Ibrahim, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri

 

Siri1 4

Siri1 5

Siri1 6

Para jemputan dan peserta Legal Forum 4U & Me

Siri1 7

Profesor Madya Dr. Nuraisyah Chua Abdullah menyampaikan ucaptama bertajuk “Human Rights Involving Vulnerable groups: The International Instruments and Domestic Laws of Malaysia”

Siri1 8

Forum 1: Child Sexual Abuse and Exploitation Involving Children in Malaysia [Barisan panel dari kiri: Puan Sivaselvi Supramaniam, UNICEF; Encik Chua Choon Hwa, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat; P/Supt Tan Geok Haji Dusuki, Maktab Polis Diraja Malaysia; Dr. Farah Nini Dato’ Haji Dusuki, Universiti Malaya; and Profesor Madya Dr. Khairil Azmin Mokhtar, UIAM (Moderator)]

Siri1 9

Siri1 9

Semasa sesi soal dan jawab

Siri1 11

Pembentangan oleh Profesor Dr. Ruzita Mohd. Amin, Ketua Unit Perkhidmatan Kurang Upaya, UIAM semasa sesi Forum 2: Protection of Elderly and Disabled Persons: Legal and Practical Approach

Siri1 12

Pembentangan oleh Dr. Suhaila Omar, Consultant Paediatrician dari Hospital Selayang semasa sesi Forum 2: Protection of Elderly and Disabled Persons: Legal and Practical Approach

 

 

 

 

  • MyGov
  • JPM
  • KSN
  • KD
  • PEJABAT KETUA PENDAFTAR MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA
  • AGC
  • JPA
  • SUHAKAM
  • JBG
  • MdI