PERHIMPUNAN BULANAN BHEUU BIL.9/2016

Berita Terkini bullet go Perhimpunan Bulanan BHEUU Bil.9/2016

Putrajaya, 8 September – YBhg. Datuk Jalil Marzuki, Ketua Pengarah BHEUU berharap agar semua warga BHEUU, MdI dan JBG dapat sama-sama bekerjasama menguruskan organisasi. Beliau menambah tiada organisasi yang diuruskan oleh seorang sahaja.

Beliau berkata, untuk mencapai organisasi yang berjaya perlu berganding bahu bersama-sama bergerak ke hadapan dengan penuh rasa tanggungjawab dan ikhlas serta jujur.

Beliau mengingatkan semua warga kerja bahawa salah satu cabaran warga kerja adalah ekspektasi pelanggan yang semakin kompleks. Justeru, beliau menyarankan supaya warga kerja membuat tranformasi dengan kreatif dan inovatif.

Beliau berkata demikian semasa berucap di Perhimpunan Bulanan BHEUU di sini hari ini.

1

Ucapan oleh YBhg. Datuk Jalil bin Marzuki, Ketua Pengarah BHEUU.

 

2

 

3

Warga BHEUU, MdI dan JBG semasa Perhimpunan Bulanan BHEUU Bil.9/2016.

 

4

Tahniah kepada Puan Mahnum binti Daud, Pembantu Tadbir, N22 dari Seksyen Pengurusan Maklumat sebagai Pekerja contoh Bulanan BHEUU bagi bulan Ogos 2016.

4

Tahniah kepada Unit Komunikasi Korporat dipilih sebagai johan pertandingan menghias unit sempena Bulan Kebangsaan 2016.

 

  • MyGov
  • JPM
  • KSN
  • KD
  • PEJABAT KETUA PENDAFTAR MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA
  • AGC
  • JPA
  • SUHAKAM
  • JBG
  • MdI