KURSUS PEROLEHAN DAN PENILAIAN SEBUT HARGA

Putrajaya, 18-19 November 2015 – Seksyen Pengurusan Sumber Manusia, BHEUU telah menganjurkan Kursus Perolehan dan Penilaian Sebut Harga pada 18 hingga 19 April 2015 bertempat di Dewan Harmoni, BHEUU.

Di antara objektif Kursus ini adalah seperti berikut:

(i) memberi peluang kepada para peserta untuk memahami tatacara perolehan secara sebutharga mengikut kriteria dan peraturan yang ditetapkan;
(ii) memahami tanggungjawab Ketua Jabatan; dan
(iii) para peserta dapat memahami konsep perolehan dan sebut harga.

Bengkel ini dikendalikan sepenuhnya oleh Cik Aniza binti Limat, fasilitator dari INTAN Bukit Kiara. Para peserta diberi tunjuk ajar dan didedahkan mengenai tatacara perolehan dan sebut harga kerajaan. Selain itu, aktiviti latih dalam kumpulan juga turut diadakan bagi memastikan peserta mendapat pengetahuan dan kefahaman tentang tatacara dan pengurusan perolehan kerajaan.

1KURSUS PEROLEHAN DAN  PENILAIAN SEBUT HARGA

Fasilitator Jemputan, Cik Aniza binti Limat, fasilitator dari INTAN Bukit Kiara

 

2KURSUS PEROLEHAN DAN  PENILAIAN SEBUT HARGA

3KURSUS PEROLEHAN DAN  PENILAIAN SEBUT HARGA

Aktiviti latih amal dalam kumpulan

 

  • MyGov
  • JPM
  • KSN
  • KD
  • PEJABAT KETUA PENDAFTAR MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA
  • AGC
  • JPA
  • SUHAKAM
  • JBG
  • MdI