PROGRAM KECEMERLANGAN DIRI DAN MOTIVASI /TEAMBUILDING SIRI 2/2014

Putrajaya, 17 Disember 2014 - Satu program semangat bekerja berpasukan ataupun dipanggil 'teambuilding' telah diselaraskan dan dijalankan oleh Unit Sumber Manusia, BHEUU untuk kakitangan BHEUU pada 17 Disember 2014. Program ini telah dihadiri oleh seramai 30 orang peserta. 

Pelbagai elemen 'teambuilding' telah diolah bagi membentuk dan mewarnai program selama 1 hari yang diadakan di Dewan Harmoni, BHEUU.

Objektif program ini ialah untuk membentuk individu yang mempunyai daya ketahanan mental dan fizikal, memberi peluang kepada peserta bebas memberikan pandangan dan suara untuk melaksanakan aktiviti yang bermanfaat, memperkukuhkan hubungan di antara peserta agar mudah melaksanakan kerja secara berpasukan dan membentuk masyarakat yang berdaya saing.

Selain itu, semua aktiviti ini memberi peluang kepada semua warga BHEUU untuk lebih saling mengenali, beramah mesra antara satu sama lain dan membolehkan mereka bekerjasama sebagai satu pasukan.

01 TEAMBUILDING SIRI 2 2014

 

02 TEAMBUILDING SIRI 2 2014

03 TEAMBUILDING SIRI 2 2014

04 TEAMBUILDING SIRI 2 2014

05 TEAMBUILDING SIRI 2 2014

 

Para peserta yang khusyuk dan aktif mengambil bahagian dalam
aktiviti yang dijalankan


06 TEAMBUILDING SIRI 2 2014
Sesi bergambar bersama peserta yang mengambil bahagian

  • MyGov
  • JPM
  • KSN
  • KD
  • PEJABAT KETUA PENDAFTAR MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA
  • AGC
  • JPA
  • SUHAKAM
  • JBG
  • MdI