PERHIMPUNAN BULANAN BHEUU DISEMBER 2014

Putrajaya, 11 Disember 2014 – YBrs. Puan Siti Zawahir Mohamed berkata individu yang merancang kerja dan tugasan mereka dengan sistematik cenderung untuk berjaya dan lebih bersikap positif terhadap kerja berbanding dengan individu yang tidak merancang tugas yang diamanahkan. Individu bukan sahaja bertanggungjawab terhadap tugas mereka tetapi akan mendapat manfaat yang lebih besar apabila mengamalkan perancangan secara teratur dan sistematik.

Beliau menambah bahawa kejayaan sesebuah Jabatan banyak bergantung kepada espirit de corps dan semangat kekitaan serta amalan nilai-nilai murni. Bagi mencapai kejayaan, hubungan silaturahim dan muafakat antara ahli perlu diperkukuh. Ini amat penting dalam memupuk dan membentuk sebuah pasukan yang mantap dan bersatu padu.

Beliau berharap semua warga BHEUU, JBG dan MdI berperanan sebagai change agent atau pemacu perubahan yang utama, tidak boleh berada di takuk yang lama, dan mesti sentiasa mempertingkatkan kemahiran dan keupayaan diri.

Beliau berkata demikian semasa Majlis Perhimpunan Bulanan BHEUU di sini hari ini.

1 PERHIMPUNAN BULANAN DISEMBER2014
Ucapan oleh YBrs Puan Siti Zawahir binti Mohamed, Ketua Pengarah Jabatan Bantuan Guaman
2 PERHIMPUNAN BULANAN DISEMBER2014

TKP (U) BHEUU bersama KP JBG dan TKP(P) MdI semasa Perhimpunan Bulanan BHEUU

3 PERHIMPUNAN BULANAN DISEMBER2014  4 PERHIMPUNAN BULANAN DISEMBER2014

5 PERHIMPUNAN BULANAN DISEMBER2014

Warga BHEUU, JBG dan Mdi semasa perhimpunan bulanan Disember 2014

                          6 PERHIMPUNAN BULANAN DISEMBER2014
                          7 PERHIMPUNAN BULANAN DISEMBER2014
                          8 PERHIMPUNAN BULANAN DISEMBER2014
Tahniah kepada penerima Anugerah Pekerja Contoh BHEUU, JBG dan MdI bagi bulan November 2014

 

 

 

  • MyGov
  • JPM
  • KSN
  • KD
  • PEJABAT KETUA PENDAFTAR MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA
  • AGC
  • JPA
  • SUHAKAM
  • JBG
  • MdI