BENGKEL LATIHAN KEPADA TENAGA PENGAJAR (TRAINING OF TRAINERS) AKTA PERLINDUNGAN PEMBERI MAKLUMAT 2010 [AKTA 711] PADA 22 – 23 SEPTEMBER 2014

KOTA BHARU, 22 September 2014 – Bengkel Latihan Kepada Tenaga Pengajar (Training of Trainers) Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 [Akta 711] telah diadakan pada 22 sehingga 23 September 2014 bertempat di Hotel Renaissance Kota Bharu, Kelantan. Bengkel tersebut telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Nursiah Binti Arshad, Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri. Bengkel yang berlangsung selama 2 hari itu telah dihadiri oleh para peserta daripada enam (6) agensi penguatkuasaan utama Akta 711 iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Bengkel Training of Trainers ini diadakan khusus untuk melatih tenaga pengajar/penceramah untuk Akta 711.

1BENGKEL LATIHAN KEPADA TENAGA PENGAJAR AKTA711

YBhg. Dato’ Nursiah Binti Arshad bergambar bersama urus setia dan peserta bengkel.

  • MyGov
  • JPM
  • KSN
  • KD
  • PEJABAT KETUA PENDAFTAR MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA
  • AGC
  • JPA
  • SUHAKAM
  • JBG
  • MdI