MAJLIS PENYERAHAN PROJEK PEMULIHARAAN DAN PENGUBAHSUAIAN BANGUNAN SULAIMAN, JALAN DAMANSARA, KUALA LUMPUR UNTUK DIJADIKAN PEJABAT PUSAT TIMBANGTARA SERANTAU KUALA LUMPUR (KLRCA)

Kuala Lumpur 18 Ogos 2014 -Majlis yang telah diadakan pada 18 Ogos 2014 adalah bertujuan untuk menyaksikan penyerahan Bangunan Sulaiman daripada kontraktor utama kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia selaku jabatan pelaksana setelah selesai kerja-kerja pemuliharaan dan pengubahsuaian. JKR setelah menerima bangunan ini daripada Kamal Engineering Sdn. Bhd. (KESB) secara rasmi telah menyerahkannya kepada Bahagian Hal Ehwal Undang-undang (BHEUU) sebagai pelanggan. Bangunan ini kemudian diserahkan kepada Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH), Jabatan Perdana Menteri yang akan bertanggungjawab dalam pengurusan dan penyelenggaraan bangunan.
Majlis melibatkan simbolik penyerahan kad akses dan juga upacara menandatangani dokumen penyerahan oleh pihak-pihak yang berkaitan. Majlis disempurnakan oleh wakil-wakil pihak terlibat iaitu Ir. Mustaffa Kamal bin Kamaluddin, Pengarah Urusan KESB, YBhg. Ar. Prof. Dato’ Dr. Amer Hamzah bin Mohd Yunus, Pengarah Kanan Cawangan Kerja Bangunan Am JKR, YBhg. Dato’ Ismail bin Ibrahim, Ketua Pengarah BHEUU dan Encik Norazman bin Othman, Setiausaha Bahagian BPH.

 

1PENYERAHAN PROJEK PEMULIHARAAN PENGUBAHSUAIAN BANGUNAN SULAIMAN KLRCA

Simbolik penyerahan kad assess Bangunan Sulaiman dari Kontraktor Utama Kamal Engineering Sdn. Bhd. kepada pihak JKR

 2PENYERAHAN PROJEK PEMULIHARAAN PENGUBAHSUAIAN BANGUNAN SULAIMAN KLRCA

Simbolik penyerahan kad assess Bangunan Sulaiman dari pihak JKR kepada BHEUU

3PENYERAHAN PROJEK PEMULIHARAAN PENGUBAHSUAIAN BANGUNAN SULAIMAN KLRCA

Simbolik penyerahan kad assess Bangunan Sulaiman dari pihak BHEUU kepada Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH)

4PENYERAHAN PROJEK PEMULIHARAAN PENGUBAHSUAIAN BANGUNAN SULAIMAN KLRCA

Sesi menandatangani dokumen serahan di antara kontraktor utama Kamal Engineering Sdn. Bhd., pihak JKR dan BHEUU

 

  • MyGov
  • JPM
  • KSN
  • MAMPU
  • PEJABAT KETUA PENDAFTAR MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA
  • AGC
  • JPA
  • SUHAKAM
  • JBG
  • MdI