MAJLIS SILATURAHIM AIDILFITRI BERSAMA YB PUAN HAJAH NANCY SHUKRI, MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI

Putrajaya 19 Ogos 2014 - Majlis Silaturahim Aidilfitri Bersama YB Puan Hajah Nancy Shukri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah diadakan pada 19 Ogos 2014. Majlis dimeriahkan dengan kehadiran pegawai-pegawai dan kakitangan dari Bahagian Hal Enwal Undang-Undang, Jabatan Bantuan Guaman dan Jabatan Insolvensi Malaysia serta tetamu-tetamu undangan. Turut menyerikan majlis adalah YAA Tun Arifin bin Zakaria – Pengerusi Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman /Ketua Hakim Negara.
Dalam majlis tersebut juga, sebagai tanda sokongan kepada Bumi Palestin, YB Menteri berbesar hati membuat sumbangan kepada tabung kemanusiaan Gaza yang telah ditempatkan di sudut lobi. Sumbangan tersebut akan diserahkan kepada Aman Palestin, salah satu NGO yang menyalurkan bantuan secara langsung kepada Palestin.
Majlis yang sama turut dimeriahkan dengan acara memotong pulut kuning sempena Sambutan Hari Lahir YB Menteri, YB Puan Hajah Nancy Shukri dan juga sebagai tanda penghargaan kepada perkhidmatan Ketua Pengarah BHEUU YBhg Dato’ Ismail bin Ibrahim yang akan bersara pada awal September 2014. Turut diraikan adalah YBhg Dato’Nursiah binti Arshad yang berkongsi tarikh lahir dengan YB Menteri.

 

1MAJLIS SILATURAHIM AIDILFITRI BERSAMA YBMENTERI 2014

YB Menteri berucap di Majlis Silaturahim Aidilfitri

2MAJLIS SILATURAHIM AIDILFITRI BERSAMA YBMENTERI 2014


Acara memotong pulut kuning

3MAJLIS SILATURAHIM AIDILFITRI BERSAMA YBMENTERI 2014
YB Menteri berbesar hati memberikan sumbangan kepada
Tabung Kemanusiaan Gaza

4MAJLIS SILATURAHIM AIDILFITRI BERSAMA YBMENTERI 2014
Lawatan ke gerai-gerai

5MAJLIS SILATURAHIM AIDILFITRI BERSAMA YBMENTERI 2014

Ramah mesra bersama YB Menteri

 

6MAJLIS SILATURAHIM AIDILFITRI BERSAMA YBMENTERI 2014  7MAJLIS SILATURAHIM AIDILFITRI BERSAMA YBMENTERI 2014

8MAJLIS SILATURAHIM AIDILFITRI BERSAMA YBMENTERI 2014

 

  • MyGov
  • JPM
  • KSN
  • MAMPU
  • PEJABAT KETUA PENDAFTAR MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA
  • AGC
  • JPA
  • SUHAKAM
  • JBG
  • MdI