KONVENSYEN KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK) PERINGKAT JABATAN PERDANA MENTERI TAHUN 2014

PUTRAJAYA, 25 JUN 2014 – BHEUU telah menyertai Konvensyen Kumpulan Inovatif Dan Kreatif (KIK) Peringkat Jabatan Perdana Menteri Tahun 2014 yang diadakan di Bangunan Usahawan, Presint 2, Putrajaya dan disertai tujuh (7) orang ahli Kumpulan Inovatif dan Kreatif BHEUU (1 Inovasi) iaitu Puan Marietta Rachel Lukie, Maria Mat Nani, Cik Nurul Hayati Ab Ghafar, Encik Sidek Ahmad, Encik Seiang Tian, Puan Norafidah Gusili dan Puan Haryati Kamsani. Turut hadir bersama semasa pembentangan sebagai pemerhati ialah YBhg. Dato’ Nursiah Arshad TKP (D&P), beliau juga memberikan sokongan padu bagi membuktikan KIK BHEUU juga mampu bersaing.
BHEUU telah mengetengahkan projek E-Travel ke penyertaan tersebut. Projek tersebut adalah Sistem Permohonan Kelulusan Ke Luar Negara Atas Urusan Persendirian. Seramai tiga (3) orang ahli panel yang menjadi juri pertandingan tersebut iaitu Encik Ramli (Konsultan KIK), Professor Madya Dr. Norzaidi dari UiTM dan Puan Suhaliah dari Majlis Perbandaran Kuantan. Wakil BHEUU diberikan masa selama 15 minit bagi setiap pembentangan dan 15 minit lagi untuk sesi soal jawab. Wakil BHEUU berjaya mengemukakan jawapan kepada soalan-soalan yang ditanya dengan baik. Maklum balas yang diberikan oleh ahli panel sangat baik.

Keputusan konvensyen tersebut bagi bahagian Teknikal dimenangi oleh Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) Kelantan iaitu Kumpulan GM BRC Team sebagai Juara, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) Trolak iaitu (True Luck Team) Naib Juara dan Jabatan Perkhidmatan Awam iaitu Kumpulan Cybertron mendapat tempat ketiga. Manakala bagi bahagian Pengurusan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan iaitu kumpulan Mawaddah pula dimenangi sebagai Juara, Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Sarawak iaitu kumpulan Q-Stat sebagai naib juara dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia iaitu kumpulan GenQ mendapat tempat ketiga. Tahniah kepada Wakil BHEUU iaitu Kumpulan 1 Inovasi kerana berani tampil memberikan persembahan mewakili BHEUU walaupun tidak dinobatkan juara.

 

1KONVENSYEN KIK PERINGKAT JPM 2014

Kumpulan 1 Inovasi sedang membuat pembentangan E-Travel

2KONVENSYEN KIK PERINGKAT JPM 2014

YBhg. Dato’ Nursiah Arshad, TKP(D&P) sedang memberi kata-kata semangat kepada wakil BHEUU sebelum membuat persembahan.

 

 

  • MyGov
  • JPM
  • KSN
  • MAMPU
  • PEJABAT KETUA PENDAFTAR MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA
  • AGC
  • JPA
  • SUHAKAM
  • JBG
  • MdI