Berita Terkini bullet go Lawatan Penandaarasan Amalan Persekitaran 5S BHEUU

PUTRAJAYA, 16 April 2014 - Ahli Jawatankuasa 5S BHEUU telah mengadakan Lawatan Penanda Aras Amalan 5S ke Bahagian Pinjaman Perumahan, Perbendaharaan Malaysia (BPP) pada 16 April 2014 (Rabu). Ketibaan rombongan telah disambut oleh Wakil Seksyen Dasar & Perancangan Strategik merangkap Penyelaras 5S BPP iaitu En. Rashidi Baba bersama pegawai-pegawainya.
Tujuan lawatan kali ini lebih khusus kepada sistem pengurusan fail di BPP di samping pembudayaan 5S secara menyeluruh oleh kerana tahap keberkesanan sistem pengurusan fail di BPP merupakan faktor kecemerlangan persekitaran berkualiti serta penyampaian perkhidmatan BPP. Selain mengeratkan hubungan antara kedua-dua Jabatan yang melaksanakan Amalan 5S, lawatan ini memberi peluang kepada ahli-ahli Jawatankuasa Amalan 5S BHEUU untuk mengaplikasikan ilmu serta informasi yang telah diperoleh di sektor masing-masing.

1LAWATAN PENANDAARASAN AMALAN PERSEKITARAN 5S BHEUU

Sesi Bergambar Rombongan Lawatan 5S BHEUU bersama wakil koordinator 5S
Bahagian Pinjaman Perumahan, Perbendaharaan Malaysia

 

2LAWATAN PENANDAARASAN AMALAN PERSEKITARAN 5S BHEUU

 Alat  pengesanan pergerakan fail di BPP

 

  • MyGov
  • JPM
  • KSN
  • MAMPU
  • PEJABAT KETUA PENDAFTAR MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA
  • AGC
  • JPA
  • SUHAKAM
  • JBG
  • MdI