Berita Terkini bullet go Majlis Jasamu Dikenang Dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2012 Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri

 

BHEUU, PutrajayaBahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), Jabatan Perdana Menteri telah mengadakan Majlis Jasamu Dikenang dan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang untuk Tahun 2012 pada 17 April 2013. Majlis yang bertempat di Dewan Harmoni, Aras 2 BHEUU telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Haji Ismail bin Ibrahim, Ketua Pengarah BHEUU.

Ketua Pengarah BHEUU juga telah menyampaikan cenderahati kepada 23 orang pesara dan bakal pesara dan 138 Sijil Penghargaan serta Sijil Simpanan Premium bernilai RM1000 kepada 138 orang penerima APC 2012.  Tahniah dan Syabas diucapkan kepada semua.

1APC 2012 
Ucapan Perasmian oleh Ketua Pengarah BHEUU

2APC 2012 
Pesara dan Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2012

4APC 2012 
Seisi bergambar bersama Pengurusan Tertinggi

 

 

  • MyGov
  • JPM
  • KSN
  • MAMPU
  • PEJABAT KETUA PENDAFTAR MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA
  • AGC
  • JPA
  • SUHAKAM
  • JBG
  • MdI