SEMINAR PELAN TINDAKAN HAK ASASI MANUSIA KEBANGSAAN


KUALA LUMPUR, 25 MEI 2012 – Seminar Pelan Tindakan Hak Asasi Manusia Kebangsaan anjuran Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang telah diadakan pada 24 dan 25 Mei 2012 di Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri, Kuala Lumpur. Seminar tersebut telah dirasmikan oleh YB Dato’ Seri Mohamed Nazri Tan Sri Abdul Aziz, Menteri di Jabatan Perdana Menteri.


Seminar ini dihadiri oleh pegawai-pegawai dari Jabatan/Agensi Kerajaan yang  mendapat pendedahan mengenai Pelan Tindakan Hak Asasi Manusia daripada penceramah-penceramah tempatan dan antarabangsa. Peserta-peserta berpeluang berkongsi pengalaman, pendapat dan pandangan dengan Dr. Rosette Gilda Librea dari Filipina dan Mr. Laurent Meillan dari Office of the High Commissioner of Human Rights, Bangkok, Thailand serta penceramah-penceramah tempatan seperti Cik Shazelina Zainul Abidin (Kementerian Luar Negeri), Encik Andrew Khoo Chin Hock (Majlis Peguam Malaysia), YBhg. Datuk Dr. Denison Jayasooria (Institut Kajian Etnik, Universiti Kebangsaan Malaysia), YBhg. Dr. Mohd Azizuddin bin Mohd Sani (Universiti Utara Malaysia), dan Encik Abdul Rahim Sinwan (Persatuan Peguam Muslim Malaysia). Seminar ini turut melibatkan 3 orang moderator yang berpengalaman iaitu Encik Muhammad Sha’ani Abdullah (Pesuruhjaya SUHAKAM), Encik Nisar Muhammad bin Ahmad (Universiti Sains Islam Malaysia) dan Puan Dina Iman Supaat (Universiti Sains Islam Malaysia).

 

1Seminar_Pelan_Tindakan_Hak_Asasi_Manusia_Kebangsaan2012


Majlis Perasmian Seminar Pelan Tindakan Hak Asasi Manusia Kebangsaan

2Seminar_Pelan_Tindakan_Hak_Asasi_Manusia_Kebangsaan2012   3Seminar_Pelan_Tindakan_Hak_Asasi_Manusia_Kebangsaan2012

                                          Mr. Laurent Meillan                                                                   Mr. Andrew Khoo
                     Office of the High Commissioner of Human Rights                                    Majlis Peguam Malaysia

 

4Seminar_Pelan_Tindakan_Hak_Asasi_Manusia_Kebangsaan2012   5Seminar_Pelan_Tindakan_Hak_Asasi_Manusia_Kebangsaan2012

                          Ahli Panel untuk Sesi “Malaysia Uniqueness                                  Ahli Panel untuk Sesi “Drafting a National
                                      In the Human Rights Arena”                                                       Human Rights Action Plan”

6Seminar_Pelan_Tindakan_Hak_Asasi_Manusia_Kebangsaan2012   7Seminar_Pelan_Tindakan_Hak_Asasi_Manusia_Kebangsaan 


Peserta Seminar Pelan Tindakan Hak Asasi Manusia Kebangsaan

 

{backbutton}

 

  • MyGov
  • JPM
  • KSN
  • KD
  • PEJABAT KETUA PENDAFTAR MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA
  • AGC
  • JPA
  • SUHAKAM
  • JBG
  • MdI