Perutusan Ketua Pengarah
Assalamualaikum w.b.t, and Salam Sejahtera,
Saya ingin mengucapkan terima kasih kerana melayari laman web Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri. Diharapkan laman web ini dapat memberi maklumat yang diperlukan dan bermanfaat kepada kita semua.
Sejajar dengan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang semakin meluas, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang sentiasa memperbaiki laman web ini agar maklumat terkini dapat dikongsikan dengan lebih berkesan, cepat dan tepat dengan khalayak sasaran. Laman web rasmi ini dilihat sebagai media komunikasi yang paling berkesan untuk khalayak ramai memahami objektif, fungsi dan peranan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang.
Saya mengalu-alukan kerjasama daripada semua pihak untuk memberikan komen dan cadangan. Semoga pandangan dan cadangan yang diberikan dapat mempertingkatkan penyampaian kepada khalayak dengan lebih cekap.
Akhir sekali, saya berharap agar maklumat dalam laman web ini dapat dikunjungi dan dimanfaatkan untuk mendapatkan maklumat mengenai perkembangan terkini Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang.
YBhg. Datuk Roziah binti Abudin |
Ketua Pengarah |
Bahagian Hal Ehwal Undang-undang |