Perutusan Menteri

vkliewSalam Sejahtera,

Gelombang ledakan teknologi maklumat dewasa ini banyak mengubah persekitaran dan gaya hidup manusia. Peredaran teknologi dunia tanpa sempadan ini membawa kita ke alam yang lebih mencabar . Teknologi ini jika digunakan secara positif akan mendatangkan kebaikan kepada kita semua dan boleh dijadikan kayu ukur kepada pembangunan sesebuah negara.

Kewujudan laman web ini akan memudahkan orang ramai mengenali dan mendekati Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) secara holistik. Pelbagai maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan dapat memberi manfaat kepada setiap pengunjung.

Laman web ini merupakan wadah komunikasi yang efektif antara pengguna luar dengan warga kerja BHEUU. Segala input-input yang terkandung di dalamnya meliputi peranan, fungsi, visi dan misi serta aktiviti-aktiviti yang terkini BHEUU.

Saya berharap laman web rasmi ini akan menjadi saluran dan sumber rujukan yang bermanfaat kepada kumpulan sasar bagi mendapatkan maklumat terkini berkaitan pelbagai perkhidmatan yang disediakan di BHEUU.

Akhir kata, saya menghargai anda yang melayari laman web rasmi ini dan mengalu-alukan sebarang sumbang idea, pandangan dan maklumbalas bagi memperbaiki isi kandungan laman web ini ke arah yang lebih baik dari semasa ke semasa.

Sekian terima kasih.

DATUK LIEW VUI KEONG
Menteri di Jabatan Perdana Menteri