Press Statement 14 July 2016

jata

KENYATAAN MEDIA BAHAGIAN HAL EHWAL UNDANG-UNDANG (BHEUU), JABATAN PERDANA MENTERI.

SELAMAT DATANG YB. DATO’ SRI AZALINA OTHMAN SAID KE BHEUU

Susulan penyusunan semula portfolio Jabatan Perdana Menteri, seluruh warga kerja Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang ( BHEUU), Jabatan Perdana Menteri mengalu-alukan serta mengucapkan Selamat Datang kepada YB. Dato’ Sri Azalina Othman Said yang telah dilantik untuk bertanggungjawab ke atas BHEUU berkuatkuasa mulai 28 Jun 2016.

Pihak kami berbesar hati menerima kehadiran YB Menteri dan percaya dengan kepimpinan YB Menteri, BHEUU akan terus memainkan peranan penting dalam hal ehwal perundangan negara. Sebagai Menteri yang berkelulusan undang-undang dan juga selaku pengamal undang-undang lebih 25 tahun kami yakin YB Menteri akan memberi sentuhan dan idea baru dalam mencapai misi, visi dan objektif BHEUU.

Sementara itu, seluruh warga kerja BHEUU mengucapkan penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada YB. Puan Hajah Nancy Shukri yang telah memberi dorongan dan sokongan penuh serta nasihat terhadap BHEUU dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya. Kehadiran YB. Puan Hajah Nancy Shukri mulai 16 Mei 2013 sehingga 28 Jun 2016 sangat berharga kepada kami semua dalam menentukan hala tuju organisasi kami.

Dikeluarkan oleh :
Unit Komunikasi Korporat
Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang
(BHEUU)
Putrajaya
14 Julai 2016