AMANAT YB MENTERI AZALINA OTHMAN SAID TAHUN 2018

Putrajaya, 24 Januari – YB Dato’ Sri Azalina Othman Said, Menteri di Jabatan Perdana Menteri menekankan bahawa kerajaan sentiasa mahukan sistem penyampaian perkhidmatan awam terus efisien, profesional dan cemerlang serta meningkatkan nilai dan kemahiran, termasuk kualiti kerja yang bertaraf global, mempergiat produktiviti dan berjaya cemerlang dalam semua pekerjaan serta perkhidmatan kepada rakyat.

Beliau berkata kerajaan hari ini, di bawah kepimpinan YAB Perdana Menteri komited dalam mempertahankan dan memelihara kedaulatan undang-undang sebagai asas sebuah masyarakat demokratik, di samping progresif dalam melaksanakan pelbagai transfomasi undang-undang.

Beliau menyingkap kembali beberapa kejayaan yang dicapai pada tahun 2017, antaranya Kerajaan telah mewujudkan satu Akta khusus bagi memerangi isu-isu berkaitan jenayah seksual kanak-kanak, pindaan Akta Kebankrupan (Pindaan) 2017 yang kini dikenali sebagai Akta Insolvensi 1967, Akta Bantuan Guaman (Pindaan) 2017, Akta Timbang Tara (Pindaan) 2017, Akta Mahkamah (Kaedah-Keadah Permulaan Tindakan Siri 1) 2016 dan Akta Saraan Hakim (Pindaan) 2017, Akta Dadah Berbahaya 1952 (Pindaan) dan Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 (Pindaan).

Beliau menambah, pada tahun ini kemungkinan besar pindaan Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan) 1952 (Akta 258), memuktamadkan Pelan Tindakan Hak Asasi Manusia Kebangsaan (NHRAP), Penubuhan Tabung Amanah Bantuan Guaman, Pembinaan Mahkamah Johor Bahru dan lain-lain akan dilaksana.

Beliau berkata demikian di Majlis Amanat Tahun Baru 2018 di sini hari ini.

1

Ucapan oleh YB Dato’ Sri Azalina Othman Said, Menteri di Jabatan Perdana Menteri

 

2

 

 

3

Warga 14 agensi semasa Majlis Amanat YB Menteri Tahun 2018

 

4

Sesi bergambar bersama YB Menteri