PERHIMPUNAN BULANAN BHEUU BIL.5/2017

Putrajaya, 7 Jun – YBhg. Datuk Abdul Rahman Putra Dato’ Haji Taha, Ketua Pengarah Insolvensi berkata puasa tidak mengurangkan kualiti dan produktiviti kerja. Tanggapan sebahagian kecil warga kerja menggunakan puasa sebagai alasan untuk tidak dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti kerja adalah salah.

Beliau berkata, persepsi begini semestinya salah dan bertentangan dengan ajaran Islam. Sesungguhnya terdapat peristiwa penting yang berlaku pada zaman Rasulullah S.A.W. pada bulan Ramadan yang melibatkan perang, yang mana Rasulullah S.A.W. dan para sahabat tetap cekal berjuang di dalam peperangan tersebut tanpa menjadikan alasan puasa sebagai halangan.

Beliau berkata antara peperangan yang berlaku dalam bulan Ramadan adalah Perang Badar Al-Kubra, pada 17 Ramadan Tahun ke-2 Hijrah, persiapan Perang Khandaq, Pembebasan Kota Mekah, Perang Tabuk dan penaklukan Andalus.

Beliau berkata tanggapan bahawa umat Islam berada dalam keadaan tidak bermaya dan lesu adalah salah sama sekali. Beliau berkata demikian semasa Perhimpunan Bulanan BHEUU bagi bulan Jun 2017.

1

Ucapan oleh YBhg. Datuk Abdul Rahman Putra Dato’ Haji Taha, Ketua Pengarah Insolvensi.

 2

Warga BHEUU, MdI dan JBG semasa Perhimpunan Bulanan BHEUU Bil.5/2017.

 

3

Warga BHEUU, MdI dan JBG semasa Perhimpunan Bulanan BHEUU Bil.5/2017.

 

4

Encik Mansor bin Ali Ketua Channel Management Department dari AKPK menyampaikan taklimat.